Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


16 Mac, 2013

Saiful Bukhari Bakal Di Dakwa?

KUALA LUMPUR 16 MAC: Mahkamah Syariah perlu membuka semula kes qazaf berikutan pendedahan Azlan Md Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari, kata peguam, Shamsul Iskandar Mat Akin.

Beliau menyifatkan kegagalan Saiful membawa empat saksi, ditambah pendedahan Azlan mengenai konspirasi kes Fitnah II, cukup untuk memanggil mahkamah bersidang semula.

“Kes itu makin terang. Saya harap peguam pendakwa syariah tidak lagi main ‘silap mata’ dan segera buka semula kes tanpa alasan,” kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat itu kepada Keadilan Daily.

Sebelum ini, mahkamah menangguh kes berkenaan dengan pelbagai alasan termasuk mengelak pertindihan dengan mahkamah rayuan sivil yang membicara kes itu semula pada 22 Julai ini.

Setapak-20130308-01007Minggu lalu, Azlan membuat pengakuan betapa kes Fitnah II hanya konpirasi politik untuk memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diatur pegawai khas Datuk Seri Najib Razak.

Kata Shamsul, pindaan Seksyen 121 Perlembagaan 1988 memberi kuasa setara kepada mahkamah syariah dan mahkamah sivil, bermakna mahkamah syariah berhak meneruskan kes tanpa menunggu keputusan mahkamah sivil.

“Pendedahan Azlan menunjukkan Saiful melakukan kesalahan jenayah syariah. Mahkamah syariah boleh segera membuka semula kes qazaf tanpa menunggu keputusan perbicaraan di mahkamah sivil,” katanya.

Mengulas lanjut, Shamsul berkata, tindakan mahkamah syariah yang sering menangguh kes memberi gambaran buruk kepada sistem kehakiman Islam.

“Kalau mahkamah syariah terus lengah-lengahkan kes ini, saya bimbang ia cemarkan reputasi mahkamah yang melaksanakan hukuman berlandas syarak,” katanya.

Beliau berkata, ulama terkenal dunia, Sheikh Yusuf Qardawi menyatakan sumpah laknat yang dilakukan Saiful adalah kesalahan jenayah qazaf.

“Yusuf Qardawi bukan calang-calang ulama, hanya Ulama’ Suq (ulama jahat) yang pertikaikan fatwa itu,” Katanya.

Qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina (dan liwat menurut jumhur ulama’) tanpa membawa empat saksi lelaki.

Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, pesalah boleh didenda RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. ~keadilandaily

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.