Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SELANGOR PRIHATIN




21 Mac, 2013


Berita Baik Buat Rakyat Ni Pasti Di Sorok Oleh TV3, RTM Dan Utusan..


SHAH ALAM 21 Mac: Kerajaan Selangor mengurangkan 50 peratus bayaran cukai taksiran kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) yang memiliki rumah di seluruh Selangor berkuatkuasa serta merta, mulai semalam.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, pengurangan itu bertujuan meringankan beban OKU berdepan kos sara hidup yang semakin mahal dan bagi mengiktiraf sumbangan mereka kepada pembangunan negeri.

“Bagaimanapun, pengurangan ini hanya tertakluk kepada OKU yang mendiami rumah tersebut.

“Jika rumah itu disewakan kepada pihak lain, mereka tidak layak menikmati pengurangan ini,” kata Khalid, lapor Malaysiakini.

Dalam kenyataannya semalam, menteri besar yakin, diskaun itu tidak akan menjejaskan pendapatan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Katanya, kerajaan negeri berkata berjaya menjimatkan lebih RM80 juta sepanjang tahun lalu hasil penamatan perkhidmatan Alam Flora selain amalan tender terbuka dan pelaksanaan meluas konsep “Value for money”.

Pengurangan ini yang kedua diberikan kerajaan negeri selepas diskaun cukai pintu 25 peratus kepada pemilik rumah pangsa kos rendah, dengan syarat tinggal di rumah berkenaan. ~keadilandaily

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.