23/03/13
IGP berang
Ketua Polis Negara
Tan Sri Ismail Omar Ismail Omar yang biasanya tenang hari ini kelihatan
berang apabila ditanya tentang dakwaan bekas ketua menteri Sabah Tan Sri
Harris Salleh bahawa polis menjalankan operasi merampas dan memusnahkan
dokumen pengenalan diri yang diberikan kepada masyarakat Suluk di
negeri itu.
"Saya tak akan layan cakap-cakap mengarut... Saya tiada masa untuk dakwaan liar - sama ada mereka main politik atau tidak.
"Kalau kamu tuduh
macam itu, bawalah bukti pada saya," katanya kepada pemberita semasa
sesi wawancara khas media di Bukit Aman hari ini.
Ketika mengulas lanjut, suaranya semakin lantang dan tidak dapat mengawal marah sehingga menepuk meja.
"Saya sudah diam
lama, tetapi biar saya beritahu sekarang! Saya tak layan cakap-cakap
mengarut. Kita menghadapi keadaan di mana orang saya mati (di Lahad
Datu).
"Sekarang mereka di barisan depan menggadai nyawa. Kamu ingat ini main-main? Katanya, membuatkan wartawan terdiam seketika.- MK
0 orang berkata:
Post a Comment