Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

25 Mac, 2013

Panas!! Risikan Terbaru, BN Hanya Mampu Menang 2 Kerusi Di Penang

Dengan angin bayu berpuput, tetiba satu berita panas nun di utara masuk.  Apa lagi, satu lagi peincian tentang perkembangan politik semasa di Pulau Pinang.
Nampaknya, Umno negeri kini serba tak kena dibuatnya kerana menurut risikan terbaru, hanya dua kerusi parlimen selamat di negeri itu. Kedua-dua kerusi tersebut adalah Kepala Batas dan Tasik Gelugor.

Bekas perdana menteri, Abdullah Badawi yang mewakili Kepala Batas sejak pilihanraya tahun 1978 diramal tidak mahu dicalonkan semula, walaupun beberapa pemimpin Umno di Kuala Lumpur merayu supaya dia terus bertanding.

Manakala kerusi Tasik Gelugor yang diwakili menteri di jabatan perdana menteri, Nor Mohamaed Yakcop boleh dianggap selamat walaupun analisis terbaru menunjukkan majoriti yang diperolehinya pada 2008 akan terus menurun.

Pak Lah dan Nor Mohamed hanya mempunyi kira-kira 20 hari lagi untuk membuat keputusan sama ada bertanding atau menyerahkan kerusi mereka kepada muka baru.

Di Kepala Batas, sekiranya Pak Lah tidak mahu bertanding, nama panas seperti Exco Pemuda Umno, Reezal Merican Naina Merican akan dicalonkan.

Bagaimanapun Reezal (gambar bawah) tidak disenangi penduduk Kepala Batas kerana tabiat berpoya-poya dan jarang turun ke masjid atau surau sebaliknya banyak masanya dihabiskan di Kuala Lumpur.

Pengundi Kepala Batas mahukan seorang pemimpin yang beragama dan merendah diri dan ini merupakan masalah besar buar Reezal yang langsung tiada ciri-ciri sedemikian.

Pemimpin Umno bahagian pun kurang senang sekiranya Reezal dicalonkan kerana PAS yang mewakili Pakatan Rakyat akan menurunkan calon berlatar belakangkan agama dan mesra dengan pengundi parlimen itu.

Itulah sebabnya pemimpin Umno bahagian mahu mencalonkan seorang ustaz dari kawasan itu dan secara senyap-senyap menolak Reezal yang bukannya Melayu tulen pun.

Berbanding Kepala Batas, di Tasek Gelugor agak tenang dengan perkembangan bahawa Nor Mohamed akan mempertahankan kerusinya buat penggal ketiga berturut-turut setelah menewaskan calon PAS, Ismail Salleh dengan majoriti sederhana, 4,547 undi.

Walaupun kedua-kedua kerusi tersebut dianggap boleh menang, malangnya kerusi lain yang ditandingi Umno nampaknya tidak berubah nasib.

Namakan saja, Nibong Tebal, Bayan Baru, Balik Pulau atau Permatang Pauh, kesemuanya masih kerusi kelabu tanpa menunjukkan sebarang perubahan.

Contohnya di Nibong Tebal, kerusi yang bakal ditandingi pengerusi perhubungan Umno negeri, Zainal Abidin Osman, setakat ini masih dalam kedudukan 45 peratus sahaja untuk menang.

Jika KEADILAN meletakkan calon pilihan rakyat, Chegu Bard atau nama penuhnya Badrul Hisham Shahrin, kerusi tersebut pasti akan terus dikuasai Pakatan Rakyat berdasarkan cakap-cakap di akar umbi.

Manakala di Bayan Baru pula, walaupun penyandangnya, Yusmadi Yusoff masih belum disahkan sebagai calon, namun pergolakan dalaman Umno sendiri yang menyebabkan peluang untuk menang cuma 43 peratus berbanding calon KEADILAN itu sekitar 55 peratus.

Mesejnya di sini, jika hanya dua kerusi sahaja yang tinggal untuk Umno, bagaimana mahu mempertahankan Putrajaya di saat parti sehajatan lain seperti MCA dan Gerakan masih belum bangun dari tidur panjang?

Dalam tempoh 20 hari lagi sebelum pembubaran parlimen, apa sahaja boleh berlaku dan Umno negeri sudah tidak banyak masa untuk bertelingkah sesama sendiri kerana Pakatan Rakyat tidak mampu menoleh ke belakang lagi selepas ini. ~jalan pulang

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.