Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

87 Pati berjaya ditahan polis



5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

87 Pati berjaya ditahan polis

Anggota polis mengambil maklumat daripada Pati yang ditahan ketika operasi awal pagi semalam.
SUNGAI BESAR - Hasrat 87 warga Myanmar untuk memasuki perairan negara secara haram tidak kesampaian apabila mereka ditahan ketika Operasi Cegah Jenayah yang diadakan awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohammad berkata, semua pendatang asing tanpa izin (Pati) terbabit ditahan selepas pihaknya mendapat maklumat daripada orang awam ketika menjalankan Operasi Cegah Jenayah di Bagan Sungai Burung, semalam.
Menurutnya, bot dinaiki kesemua Pati berkenaan dipercayai mengalami kerosakan enjin ketika tiba di perairan negara sebelum ditahan pihak polis kira-kira jam 2 pagi.
“Orang awam mendapati mereka sedang berkeliaran di Jalan 7 dan melaporkan kejadian itu kepada polis,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Noor Mushar berkata, Pati ditahan terdiri daripada 80 lelaki dan tujuh orang wanita berusia di antara tujuh hingga 30 tahun dan hasil siasatan awal dijalankan, polis tidak menemui sebarang dokumen perjalanan sah milik pada mereka.
“Tiada dokumen sah ditemui dan kesemua mereka didapati memasuki negara ini secara tidak sah,” katanya.
Beliau berkata, kesemua Pati terbabit dipercayai membayar kira-kira RM350 setiap seorang kepada tekong bot berkenaan bagi memasuki perairan negara ini.
Katanya, polis sedang giat mengenal pasti pemandu dan tekong bot yang menjalankan kegiatan membawa masuk Pati ke negara ini.
Beliau berkata, kesemua yang ditahan diserahkan kepada Jabatan Imigresen kira-kira jam 4 petang semalam bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil.
Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 20 orang anggota terlibat dalam operasi tersebut.
“Kita menggunakan kekuatan anggota yang ramai bagi membantu memberkas Pati dalam operasi tersebut,” katanya.
Menurutnya, pihaknya yakin kesemua Pati terbabit masuk ke negara ini untuk mencari pekerjaan dan menetap di sini secara haram.

Sinar harian/-

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.