Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Agak-agak pengkhianat tu undi parti apa ? hi hi hi

Veteran Umno: Lucut kerakyatan tali barut pengganas Sulu

15 Mac 2013
Sabah diceroboh
Sabah diceroboh
KUALA LUMPUR - Veteran Umno menggesa kerajaan melucutkan kerakyatan penduduk tempatan yang membantu dan menjadi tali barut pengganas Sulu dalam kejadian pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Setiausaha kelab Datuk Mustapha Yaakub berkata golongan itu tidak layak menjadi rakyat Malaysia kerana mengkhianati agama, bangsa dan negara.

"Veteran menggesa kerajaan supaya menyiasat, menangkap dan menghukum tali barut dan Si Kitol di sebalik pencerobohan warga asing di Lahad Datu, Sabah dengan segera tanpa kompromi dan tanpa mengira kedudukan mereka. Tindakan segera ini perlu dilakukan bagi memastikan mereka tidak menjadi ancaman kepada negara.

"Veteran yakin memang wujud tali barut dan Si Kitol di sebalik pencerobohan itu, sama ada mereka pemimpin politik atau penduduk tempatan," katanya kepada Bernama hari ini.

Dalam tragedi berdarah di Sabah itu, 10 anggota pasukan keselamatan gugur manakala 58 daripada kumpulan militan ditembak mati. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.