Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BN AKAN KALAH PRU 13 ?


BN akui sukar untuk menangi Cina, pengundi kali pertama

Oleh Syed Jaymal Zahiid

March 16, 2013

Wee (tengah) tiba di sebuah perhimpunan membantah kekurangan guru di SJK(C) di Kajang 25 Mac 2012.— Gambar failKUALA LUMPUR, 16 Mac ― Kelemahan kepimpinan bukan Melayu menyebabkan sukar bagi gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi orang muda Cina, memaksa kepimpinan Melayu bekerja lebih keras bagi memenangi demografi yang menjadi kunci utama dalam Pilihan Raya 2013, menurut satu sumber.

Pengundi kali pertama, berjumlah 30 peratus daripada 13.3 juta pengundi, dilihat menjadi kunci utama dengan masyarakat Cina menjadi sebahagian besar daripada golongan atas pagar, menurut tinjauan daripada Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) yang dikeluarkan pada Januari.

“Kepimpinan dari parti komponen tidak melahirkan pemimpin yang bagus seperti Khairy Jamaluddin,” kata seorang pemimpin kanan gabungan tersebut kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada ketua pemuda Umno dan BN.

“Kita perlukan pemimpin Cina yang kuat, pemimpin pemuda yang masyarakat Cina boleh jadikan idola. BN sekarang ini sedang mencari pemimpin seperti itu,” tambah sumber tersebut.
Pemimpin pemuda BN dari masyarakat Cina adalah ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong dan ketua Pemuda Gerakan Lim Si Pin.

Menurut tinjauan UMCEDEL, komuniti Cina menjumlahkan pengundi atas pagar paling tinggi iaitu 53 peratus, sementara pengundi Melayu dan India masing-masing pada 37 dan 10 peratus. Sementara sejumlah 48 peratus pengundi kali pertama pula, masih belum membuat keputusan untuk mengundi pihak mana dalam pilihan raya akan datang.

Tinjauan daripada Merdeka Center for Opinion Research pula menunjukkan bukan Melayu lebih bersedia untuk diwakili oleh seseorang dari kaum lain berbanding pengundi Melayu.

Dalam “Tinjauan Pendapat Umum Pengundi Kali Pertama,” dijalankan diantara November dan Disember lalu menunjukkan lebih separuh daripada pengundi baru mengakui sinis politik tetapi dua pertiga merasakan Putrajaya mendengar pendapat orang ramai di antara pilihan raya, menunjukkan demografi tersebut menjadi rebutan antara BN dan Pakatan Rakyat (PR).

Mensasarkan untuk mendapatkan sokongan demografi tersebut, Pemuda BN telah memulakan beberapa kempen termasuk program memberi peluang pekerjaan di gelar Pesta Peluang Pekerjaan Pemuda BN (BN Youth Job Fair) dan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) untuk golongan muda, dimana RM250 diberikan kepada golongan berkahwin berumur 21 hingga 31, berpendapatan di bawah RM2,000.

Idea BR1M 2.0 datang selepas pengerusi BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memperkenalkan BR1M pertama, pemberian untuk pasangan berkahwin dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.

Program perumahan murah Putrajaya di bawah Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) juga adalah hasil kajian makmal pemuda BN dimana beberapa pemimpin pemuda dan pemikir berkumpul untuk mengidentifikasi isu-isu kunci yang memberikan kesan kepada pengundi muda negara.

Inisiatif tersebut terbukti popular. BN Youth Job Fair telah menarik lebih kurang 10,000 graduan baru sementara PR1MA yang dibuka Disember lepas, melimpah permohonan terhadapnya. Akan tetapi, disebalik populariti, Pemuda BN mengakui sambutan besar terhadap program tidak semestinya akan memberikan undi yang banyak.

“Kita tidak tahu dengan pasti. Kita hanya boleh cakap pada hari mengundi,” kata Ibdil Ishak, setiausaha Pemuda BN kepada The Malaysian Insider.

Ibdil yang juga merupakan ketua Pemuda Umno bagi bahagian parti di kawasan perumahan mewah Taman Tun Dr Ismail walau bagaimanapun mengatakan, sayap tersebut yakin mereka boleh bergantung kepada pembawaan progresif dan terbuka kepada semua kaum Khairy untuk memenangi undi orang muda Cina kepada BN.

“Beliau popular dikalangan orang muda Cina dan India. Anda boleh lihat mereka sukakan beliau jika dapatkan respon bagi mereka yang menghadiri programnya.

“Sebab itu anda boleh melihat programnya dibuat di bawah bendera BN dan bukan Umno,” katanya.

Akan tetapi satu lagi sumber BN mengatakan gabungan tersebut, termasuk sayap pemuda masih di belakang pembangkang dalam pertempuran di media sosial.

Walau bagaimanapun, beliau percaya Pemuda BN masih boleh memenangi ini dengan pengelibatan di bawah, metodologi kempen utama sebaik sahaja pilihan raya bermula.

“Kami masih dibelakang PR. Sukar untuk melawan unsur negatif. Orang masih mahu membaca dan percaya perkara sensasi. Tetapi ini akan diatasi,” kata sumber tersebut.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.