Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BN MAIN KOTOQ

Ahad, 24 Mac 2013

PRU13 : Bersiap sedia hadapi 1001 taktik kotor BN - Presiden PAS

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru seluruh ahli PAS disemua peringkat mempersiapkan diri dan jentera pilihan raya untuk menghadapi 1001 helah dan taktik kotor Umno-BN dalam PRU13 tidak lama lagi.

Tegasnya kepada Harakah, kesemua peringkat jentera pilihan raya hendaklah digerakkan pada tahap paling maksimum kerana teka teki bilakah pilihan raya tidak ada lagi, setelah tempoh tamatnya kian diketahui umum.
Dalam masa yang sama, beliau mengingatkan semua ahli PAS mesti bekerja dengan ikhlas untuk memperjuangkan Islam yang menjadi dasar perjuangan parti dengan memperkenalkan konsep "Islam Adil Untuk Semua".
PAS ujarnya, telah menjayakan konsep itu dengan ikatan Tahaluf Siasi yang terpahat diantara parti-parti pelbagai kaum dan agama dalam Pakatan Rakyat seperti yang diluluskan Majlis Syura Ulama dan Lajnah Politik PAS.
"Kita yakin dengan pertolongan Allah, kita akan mencapai kemenangan dalam pilihanraya kali ini. Walaupun kemenangan itu tidak mudah, tetapi ianya tidak mustahil dengan pertolongan Allah," tegasnya kepada Harakah.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.