Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DEKAT PILIHANRAYA NI MACAM-MACAM TEKTIK LA PULAK !!

Bermusuh dalam politik jangan sampai bunuh, kata Mahathir

25 Mac 2013
Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
 
KUALA LUMPUR - Bermusuh dalam politik sehingga sanggup membunuh diharap tidak menjadi budaya Malaysia, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan terbuka bekas anggota Pas seumur hidup, Zainol Ismail yang berhasrat bertemu Dr Mahathir untuk memohon maaf kerana pernah merancang membunuh bekas perdana menteri itu pada 1988.

"Saya pun tidak sedar ada ada perancangan hendak bunuh saya, sebab saya ini berjalan merata tempat serta tidak pernah rasa takut, sekarang ini baru tahu ada orang hendak bunuh saya.

"Saya tiada apa-apa, saya harap ini tidak menjadi budaya Malaysia. Di Malaysia kalau kita tidak bersetuju atau bermusuh dalam politik, tidaklah sampai tahap nak bunuh.

"Saya tiada masalah untuk maafkan dia, saya maaf orang lain juga kalau ada," kata Dr Mahathir kepada pemberita pada Forum Perdana 'Membina Peradaban Bangsa Melayu Berteraskan Tamadun Islam' di bangunan Parlimen hari ini.

Dr Mahathir menjadi anggota panel forum itu bersama bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad dan tokoh korporat Tan Sri Muhammad Ali Hashim.

Media tempatan hari ini melaporkan Zainol atau lebih dikenali sebagai CN Afghani, membuat pengakuan bahawa rancangan melakukan pembunuhan itu timbul, kerana terpengaruh dengan 'Amanat Haji Hadi' yang mendakwa Umno kafir. - Bernama

1 orang berkata:

Anonymous said...

apa nak jadi cikgu non ni...? betul prasangka aku selama ni....

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.