Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Friday, March 15, 2013

Najib mungkin bubar parlimen pada 25 Mac


Najib mungkin bubar parlimen pada 25 Mac
Najib Tun Razak
Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, mungkin akan membubarkan parlimen pada 25 Mac ini, jika spekulasi terbaru mengenainya ternyata benar.
Laman berita mStar Online semalam melaporkan kini timbul spekulasi meluas bahawa Datuk Seri Najib akan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen pada tarikh tersebut.
Laporan tersebut memetik pihak dalaman sebagai berkata bahawa Perdana Menteri Malaysia itu tidak akan membenarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 27 Mac kerana ia akan menimbulkan kesan tidak baik kepada parti kerajaan.
Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan bahawa Parlimen Malaysia hanya akan bubar secara automatik pada 30 April dan bukan 28 April, sebagaimana yang diuar-uar sebelum ini, bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dilangsungkan.

Suruhanjaya itu menjelaskan bahawa tarikh cukup tempoh satu penggal, atau lima tahun, dikira berdasarkan tarikh sidang pertama Dewan Rakyat diadakan selepas sesebuah PRU dan bukan pada tarikh PRU itu diadakan.
Ini telah disahkan penasihat undang-undang SPR.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan akan menjadi yang pertama terbubar secara automatik, iaitu pada 27 Mac, jika Parlimen tidak dibubarkan sebelum itu.
Menurut beliau, ramai, termasuk pemimpin politik, tidak sedar perkara ini dan mereka membuat andaian parlimen sepatutnya terbubar secara automatik pada 9 Mac lalu.
Sidang pertama Dewan Rakyat selepas PRU-12 ialah 28 April 2008. Ini bermakna tarikh akhir parlimen ialah pada 28 April ini.
Namun, memandangkan tarikh itu jatuh pada Ahad, iaitu hari cuti, ia dibawa kepada 29 April dan parlimen terbubar secara automatik keesokannya, iaitu 30 April, ujar Tan Sri Abdul Aziz, yang ditukil Berita Harian (BHM) Malaysia.
Menurut beliau lagi, Perdana Menteri masih berhak bersuara dan segala keputusan kerajaan sah sehingga 30 April.
Malah, apabila parlimen dibubar, kerajaan sedia ada bertindak selaku kerajaan sementara dan Perdana Menteri boleh membuat keputusan atau menasihati Yang di-Pertuan Agong.
Sementara itu, Datuk Seri Najib dilaporkan terus mempercepat langkah beliau menjelang PRU dengan memperbanyak acara dalam diari beliau.
Ini bagi memastikan beliau dapat memenuhi semua perkara asas, daripada isu-isu negara kepada masalah berkaitan pemilihan calon Barisan Nasional (BN).

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.