JANGAN CAKAP DIA PENGECUT ! SOALNYA BAGAIMANA DIA DAPAT LARI ? SEDANGKAN PERAIRAN NEGARA DIKAWAL KETAT, MAU MAIN WAYANG KAH ? Pak Karamu
Agbimuddin Kiram pengecut
5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
LAHAD DATU - Ketua pengganas, Azzumudie
Kiram atau Agbimuddin Kiram yang dipercayai melarikan diri ke selatan
Filipina kelmarin disifatkan sebagai pengecut dan kejam kerana
meninggalkan pengikutnya berdepan pasukan keselamatan di kawasan operasi
Op Daulat.
Sebagai ketua pengganas, tindakan itu
menunjukkan mereka kalah dan hendaklah meletakkan senjata segera selepas
melanggar kedaulatan Malaysia.
Peneroka, Jigga Aktajak, 60, berkata,
langsung tidak masuk akal perbuatannya itu membuatkan pengganas lain
bertempur, sedangkan dia hilang.
“Sudahlah ceroboh dan buat kacau di negara orang, kemudiannya larikan diri. Memang dia penakut dan pengecut.
“Jika benar, berdepanlah dengan pasukan keselamatan kita. Jangan cuba buat kacau dengan kita, kemudiannya cuci tangan.
Peralatkan orang yang taksub dengan kesultanan Sulu,” katanya kepada
Sinar Harian, semalam. Malam kelmarin, Panglima Angkatan Tentera
Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dalam sidangnya
akhbar bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mendedahkan adik
Jamallul Kiram III itu tidak mungkin berada di kawasan operasi
pembersihan dalam gugusan Labian di Tungku, kerana pasukan keselamatan
tidak menemui sebarang petanda kehadirannya.
Katanya, berdasarkan maklumat dan
risikan diperoleh pasukan keselamatan mereka berpendapat dan
berkeyakinan besar Azzumudie sudah meninggalkan pengikutnya yang berada
di kawasan Op Daulat.
Menurut Jingga, tindakan pencerobohan
yang dilakukan juga sudah mencerminkan siapa mereka sebenarnya, oleh itu
pasukan keselamatan hendaklah mengambil tindakan segera yang
sepatutnya.
Bagi, Mat Terawih Payau, 50, Azzumudie
sememangnya orang yang paling dibenci sejak hari pertama pencerobohannya
bersama sekumpulan pengganas bersenjata.
“Kehadirannya langsung tidak diundang.
Kami tidak mahu dia berada di negara yang berdaulat. Sepatutnya dia lari
bersama pengganas lain, bukan bersendirian.
“Lihat tindakannya, jelas seorang yang
pentingkan diri, buat kacau dan lari bersendirian. Biarkan yang lain
berdepan dengan pasukan keselamatan kita,” tegas lelaki separuh abad
itu.
Ujarnya, sebagai seorang Islam,
Azzumudie tidak patut menyerang negara Islam lain, lebih-lebih lagi
negara berdaulat dan memiliki perundangan.
“Untuk apa serangan dilakukan pun kita tidak tahu, kami tidak mahu dia berada di Sabah lagi,” katanya.
Sementara itu, Amzah Assan, 30, berkata,
sebagai penduduk Sabah, dia mengharapkan pasukan keselamatan dapat
membuat pendakwaan segera kepada Azzumudie.
“Orang yang melanggar kedaulatan negara kita tidak sepatutnya dibiarkan lebih lama mengambil kesempatan menceroboh Malaysia.
“Tindakan kepadanya dan konco-konconya akan membuatkan pihak lain lebih
berjaga-jaga untuk terus cuba-cuba menceroboh negara orang,” katanya.
Sinar harian/-
0 orang berkata:
Post a Comment