Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HARGA SAWIT MURAH, INI KALILAH !

Luar bandar tidak dipinggir
Wartawan Sinar Harian
24 Mac 2013
Luar bandar tidak dipinggir
Najib beramah mesra dengan anak peserta semasa melawat ke pusat pembelajaran pada Majlis Perasmian Program Rimbunan Kaseh di Tanjung Besar, Benta semalam.
 
KUALA LIPIS - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembangunan kawasan luar bandar berkonsepkan pembinaan projek perumahan dan ekonomi pada alaf 21 merupakan transformasi kerajaan dalam memastikan kehidupan masyarakat luar bandar setanding di bandar.

Katanya, transformasi yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional sejak dulu hingga kini itu juga bagi memastikan masyarakat luar bandar dapat keluar daripada kepompong kemiskinan dan seterusnya menikmati pendapatan RM1,000 ke atas sebulan.

“Konsep pemodenan ini telah berjaya di mana landskap dah berubah di kawasan luar bandar termasuk di Felcra, Felda dan Risda.

“Kita mahu gaya dan cara hidup bandar dan moden di bandar dibawa ke luar bandar, bukan pembangunan fizikal sahaja tetapi mencakupi sifat menyeluruh pembangunan abad ke-21,” katanya ketika berucap merasmikan projek Rimbunan Kaseh di Tanjung Besar, semalam.

Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Syukri Mohd Salleh.

Najib berkata, projek Rimbunan Kaseh yang berkonsepkan komuniti bersepadu dengan kemudahan perumahan dan projek pertanian kepada penduduk luar bandar adalah usaha berterusan kerajaan membela nasib serta mengeluarkan rakyat daripada garis kemiskinan.

Projek bernilai RM37 juta itu dibangunkan oleh IRIS Corporation Berhad dengan kerjasama kerajaan negeri dan Majlis Agama dan Adat Resam Melayu Pahang (MAIP) dengan menempatkan 100 keluarga asnaf fakir miskin di negeri ini di kawasan seluas 12 hektar.

Setakat ini, 76 rumah sudah disiapkan dan 71 keluarga sudah mula menduduki perumahan berkenaan sejak 1 Disember tahun lalu manakala baki 24 lagi rumah dijangka siap pada Ogos atau September depan.

“Projek Rimbunan Kaseh di sini merupakan projek pertama yang siap sejak ia diputuskan pada 21 Februari tahun lalu, selain dapat dilaksanakan dalam waktu singkat dan boleh dianggap sebagai role model atau projek teristimewa yang menjadi perintis atau contoh konsep pembangunan luar bandar di alaf 21,” katanya.

Perdana Menteri berkata, kejayaan program itu adalah hasil perkongsian pintar antara Kerajaan Pusat, kerajaan negeri dan syarikat swasta dalam merealisasikan pemodenan di luar bandar.

Katanya, penyediaan 100 rumah tersebut dibina melalui kaedah sistem binaan industri (IBS) yang lengkap dengan kemudahan bekalan elektrik dan air bersih.

Menurutnya, projek Rimbunan Kaseh juga berkeupayaan memenuhi keperluan penempatan, menjana ekonomi dan mengamalkan kaedah pertanian berteknologi tinggi yang menjanjikan produktiviti tinggi.

“Macam nak tanam golden melon, boleh gunakan teknologi autoport yang hasilnya boleh dieksport ke Singapura, dan di sini juga kita ternak ikan Jade Perch dari Australia yang tinggi kandungan Omega 3 yang bernilai RM80 sekilogram di restoran,” katanya. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.