Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ILMU HITAM KALAH DENGAN ACID JEW !

Pejuang negara tidak perlu takut dengan sihir
HAZELEN LIANA KAMARUDDIN, ROSALWANI CHE SOH DAN AZURA MOHAMAD
14 Mac 2013
Dr Zaharuddin Abd Rahman
Dr Zaharuddin Abd Rahman
Sabah diceroboh
Sabah diceroboh
SHAH ALAM – Di sebalik perjuangan pasukan keselamatan  yang sedang berkhidmat di Lahad Datu  mempertahankan kedaulatan negara, kisah hangat yang mula berlegar-legar di media sosial kini ialah mengenai militan Sulu menggunakan ilmu hitam.

Berdasarkan gambar-gambar penceroboh yang terbunuh, mayat mereka dilihat memakai tangkal yang berbentuk sebuah buku kecil bertulisan Arab yang dipercayai al-Quran kecil dililit dengan tali di pinggang serta kain berwarna kuning di badan.

Penggunaan tangkal itu dipercayai boleh menyebabkan mereka kebal daripada ditembusi peluru pasukan keselamatan negara.

Pengerusi Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abd Rahman berkata, sabda Nabi Muhammad SAW ada mengatakan bahawa haram mengamalkan ilmu hitam.

Katanya lagi, Nabi Muhammad SAW tidak menggunakan jin atau ilmu hitam ketika menghadapi musuh sewaktu usaha baginda menyebarkan Islam.

“Nabi ada menyebut, ia salah satu tujuh dosa besar dan ia adalah amalan syaitan,” katanya mengenai riwayat Abu Daud.

Beliau juga menegaskan bahawa adalah syirik hukumnya bagi sesiapa yang menggunakan ilmu hitam dan ia disokong dengan dua hadis sahih.

“Sesiapa yang menggantung dan mengikat tangkal maka telah jatuh syirik kepada dia. Berubatlah kamu semua dan janganlah berubat dengan benda yang haram,” katanya.

Katanya lagi sambil menjelaskan sebuah riwayat oleh Ibnu Mas’ud, sesungguhnya ALLAH tidak menjadikan kesembuhan kamu dengan sesuatu yang diharamkan dan sihir merupakan kekufuran yang mengeluarkan seseorang dari agamanya.

Selain itu, beliau juga menasihati pasukan pejuang negara di Lahad Datu dalam menghadapi situasi ini hendaklah yakin bahawa semua sihir itu tidak akan berjaya atau berkesan kecuali hanya dengan izin ALLAH.

“Banyakkan berdoa dan sentiasa mendirikan solat serta amalkan membaca ayat Kursi, semoga sihir akan patah dengan amalan-amalan baik ini.

“Boleh juga amalkan 10 ayat dari surah al-Baqarah dari semasa ke semasa iaitu lima ayat pertama, ayat Kursi dan tiga ayat terakhir,” katanya.

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin pula tidak menafikan wujudnya sihir atau penggunaan jin untuk mendapatkan kelebihan tertentu namun jangan menganggap pengguna sihir hebat kerana sihir tersebut.

“Sihir tidak boleh menjadi sumber kekuatan kepada tentera. Sejarah membuktikan Indonesia tewas dengan Belanda dan China tewas dalam perang Candu. Kedua-dua negara ini yang terkenal dengan ilmu sihir dan jampi serapah kalah dengan teknologi yang jelas lebih hebat,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.