Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

IMAM SEKULARCUCUK IDUNG

Amaran singkir imam jika beri ceramah politik di masjid
NORHAFIZA MUSA
15 Mac 2013
imam
Mohd Rozali menyampaikan sijil kepada peserta Kem Ibadah OKU Anggota sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Terengganu, semalam.
 
KUALA TERENGGANU – Golongan imam di negeri dinasihatkan supaya tidak menjadikan masjid sebagai tempat untuk menyampaikan ceramah berbaur politik termasuk berkempen untuk mana-mana parti politik.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Mohd Rozali Saleh berkata, sekiranya didapati golongan ini terlibat dengan perbuatan tersebut, tindakan tatatertib boleh diambil termasuk menyingkirkan mereka daripada menjalankan tugas.

Umumnya, imam-imam berkenaan sama ada kerajaan atau imam mukim tertakluk kepada setiap peraturan yang telah digariskan, iaitu tidak dibenarkan menyampaikan ceramah berbaur politik kepartian dalam masjid.

“Setakat ini, kita terima laporan daripada beberapa buah masjid khususnya di sekitar Kuala Terengganu dan Besut dan (kita) sedang memantau pergerakan imam-imam ini.

“Jika pada 2011 dan 2012 tiada tindakan diambil, saya percaya tahun ini pasti ada dikenakan tindakan termasuk disingkirkan jika masih berdegil walaupun telah diberikan amaran,” katanya selepas merasmikan Majlis Penutupan Program Kem Ibadah Orang
Kelainan Upaya (OKU) Anggota Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Terengganu di Hotel Permai, semalam.

Menurutnya, masjid adalah tempat umat Islam berkumpul, bukannya untuk berbalah sesama sendiri termasuk berkempen untuk mana-mana parti politik.

“Jika imam berkenaan masih berhajat untuk mengadakan ceramah politik, mereka boleh adakan di mana-mana pentas politik. Nak berpolitik itu hak masing-masing. Apa yang penting ialah ceramah tersebut bukan diadakan di masjid,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.