Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

INI KALILAH , TUQAR BAHH !

Khairy yakin pengundi muda sokong BN

24 Mac 2013
Khairy Jamaluddin
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin
SHAH ALAM - Pemuda Barisan Nasional (BN) yakin pengundi muda terutamanya warga industri yang menikmati pelbagai kemudahan dan bantuan di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyokong BN pada pilihan raya umum kali ini.
  
Pengerusinya, Khairy Jamaluddin berkata, usaha Najib menetapkan kadar gaji minimum RM900 sebulan untuk tenaga kerja di Semenanjung dan RM800 sebulan bagi Sarawak dan Sabah serta memperkenalkan program Klinik Usahawan Warga Industri 1Malaysia (KUW1M) menunjukkan beliau memahami kehendak dan keperluan warga industri.
  
"Dasar gaji minimum adalah usaha kerajaan memastikan pekerja-pekerja kilang muda tidak berada di bawah paras garis kemiskinan seperti yang wujud sebelum ini.
  
"Selain itu, golongan ini turut mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan beberapa bantuan lain yang tidak pernah diberikan sebelum ini apatah lagi oleh pemimpin pembangkang," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Perdana Menteri Bersama Warga Industri Selangor di Padang Bukit Jelutong di sini, hari ini.
  
Mengulas lanjut, Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, pihaknya sentiasa mendekati golongan belia di negara ini dengan turut membantu mereka mendapatkan pekerjaan menerusi program Karnival Kerjaya.
  
Pertandingan bola sepak itu bermula 10 Mac lepas melibatkan 15,000 peserta terdiri kalangan warga industri. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.