Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

INI KALILAH !

Ahad, 24 Mac 2013

RCI Sulu mesti siasat kegagalan risikan akibat campur tangan politik, kata Kit Siang

KUALA LUMPUR, 24 Mac ― Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) berkenaan dengan pencerobohan militan Sulu mesti melibatkan penyiasatan terhadap kelemahan kawalan keselamatan dan apakah campur tangan politik dalam operasi ketenteraan telah menyebabkan kehilangan nyawa rakyat Malaysia, kata penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini.

Ahli politik veteran itu berkata misteri masih menyelubungi tentang mengapa pasukan tentera Malaysia mengambil masa 23 hari sebelum melancarkan serangan kepada militan Filipina, memberikan masa cukup untuk kumpulan tersebut menyusun tentera mereka dan bergerak dengan selesa di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

“Mengapa pelbagai agensi tidak menghalang pencerobohan kumpulan bersenjata Suluk pada 9 Febuari,” kata Lim (gambar) dalam satu kenyataan di sini sambil mencadangkan terma rujukan untuk panel, yang beliau katakan harus mulakan siasatan selepas Pilihan Raya 2013.

Sekumpulan 235 militan Filipina, diketuai oleh adik kepada lelaki mendakwa dirinya Sultan Sulu Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram, tiba di Lahad Datu pada 9 Febuari selepas berjaya meloloskan diri dari kawalan keselamatan ke Sabah berhampiran dengan Selatan Filipina.

Di Kampung Tanduo, kumpulan bersenjata mendirikan khemah, memberitahu penduduk kampung agar tidak bimbang oleh kerana mereka hanya mahu menuntut kembali hak Sultan Sulu ke atas Sabah.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.