18 Mac, 2013
Membongkar Rahsia Dr. Asri Zainal Abidin
Kota Bharu 16 Mac pagi, sementara menunggu untuk berangkat ke airport
saya mengambil sedikit makanan di cafeteria hotel. Alas perut untuk
makan ubat. Sambil makan dan berbual dengan YB Limbongan Drs Zainduddin
Awang Hamad, tiba-tiba melalau kelibat Dr Mohd Asri Zainal Abidin alias
Dr Maza. Terserempak dengan Asri di Kota Bharu.
Begitu tertenguk kelibatnya saya teringat kepada satu twit beliau kepada
saya beberapa minggu lalu. "Sayuti call saya" begitulah tulisnya
rengkas agak penting.
Saya terlepas pandang mesej itu menyebabkan hampir enam jam baru saya membalas. Saya tidak memiliki nombor telefonnya. Lalu saya hantar PM menerusi Facebook. Tidak dijawab.
Saya terlepas pandang mesej itu menyebabkan hampir enam jam baru saya membalas. Saya tidak memiliki nombor telefonnya. Lalu saya hantar PM menerusi Facebook. Tidak dijawab.
Kebetulan satu hari terjumpa dengan seorang rakan di Utara yang baik dan
kenal dengan Dr Maza. Saya minta nombor telefon kemudian menghantar
mesej. Tidak jawab juga. Apa lagi saya abaikan, bahawa tidak ada apa-apa
hendak cakap ataupun tempoh penting itu sudah berakhir.
Dalam kepala terus tertanya-tanya kenapa dia twit saya, kemudian kenapa
tidak balas SMS saya? Mungkin dia sibuk atau dia juga sudah ada diabetis
seperti saya, mudah lupa. Kekadang spek yang sudah terletak di dahi pun
masih mencari cari sampai ditegur bini. Al nyanyuk dah tetapi tidak
seterus Mahathir Mohamad. Cis..
Jadi pertembumgan di cafeteria hari itu sungguh merujakan. Saya lantas
fleshback akan apa yang berlaku, dia tidak menunjukkan respons, dan
berlalu sambil memgatakan akan menghubungi saya. Sedikit kecewa dengan
telatah itu. Ertinya masej saya dia terima dan saja tidak mahu
menjawabnya. Dia seakan mencari seseorang.
Tidak sampai tujuh minit dia masuk balik ke ruang cafeteria, ambil
segelas jus berwarna merah dan duduk semeja dengan saya. Begitulah
takmaniah dan sopannya seorang ustaz, bernama Asri tenang dan
menyakinkan. Tidak gelojoh seperti Fatul Bari atau berbolot macam ustaz
muda PAS.
Percakapan bermula dengan dia memberi sedikit maklumat mengenai wacana
yang dihadirinya malam itu, di Padang Perdana. Dia berwacana bersama
beberapa ahli panel lain termasuk dari rahang Umno, rahim ISMA.
Khabarnya ramai orang tetapi sayang dewan sempit. Lain kali hendak buat
wacana melibatkan Asri pastikan tempatnya besar.
Saya maklum majlis itu tetapi tidak pergi kerana hadir satu majlis di hotel berkenaan yang berjalan serentak.
"Wakil Umno tidak datang," katanya tanpa saya mengajukan persoalan
mengenai itu. Saya sudah maklum yang wakil Umno (Ustaz Najmi) begitulah
lebih kurang namanya. Kenapa? Mungkin kecut perut atau rasa tidak padan
berdepan dengan Asri atau pun phobia berdepan dengan penonton yang
sesetengahnya kurang asam jawa.
Penonton wacana politik di Kelantan agak fanatik macam bola sepak juga.
Mereka akan menyorak-nyorak dan mengejek ahli panel yang tidak sebulu
dengan jiwa dan ideologi politiknya. Inilah antara sebab kenapa ahli
panel dijemput berdikir enam kali untuk hadir.
"Macam mana dengan ISMA?" tanya saya. Dia jawab wakil NGO itu ada.
"Siapa wakilnya?" tanya saya lagi sambil meneka, Abu Zaik presidenya.
"Tidak," jawab Asri ringkas.
"Setiuasahanya bernama Amin tu...?" teka saya. Hairan sepatutnya Abu
Zaik yang datang ke Kota Bharu sambil mengenal beberapa kawasan untuk
meletakkan calonnya dalam pilhan raya nanti. Lagi banyak kawasan
bertanding lagi kembung dan gemuk poket seluar. Hatta kena bawa guni,
boleh jadi juga.
'Iya..." balas Asri mengangguk. "Kuat dia kena semalam." sungut Asri lagi. Maksudnya ISMA. ISMA
pertubuhan yang lahir dari tulang rusuk JIM beranak di Khaerah didokong
oleh ulama' al Azhar dan juga Mesir. Mereka berpegang kemas kepada
prinsip mendaulatkan bangsa (kaum) lebih utama dari agama. Antara bacaan
mereka ialah kitab Muqadimah karangan Ibnu Khaldum.
ISMA akhit juga mengadakan program keagamaan NGO ini mendapat peruntukan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Wow....
"Apa pandangan Usaz mengenai ISMA?" Tanya saya jujur ingin mengetahui pandangan bekas Mufti Perlis ini.
"Mereka nak cuba menjadi kuasa apolitik baru...," itu saja jawabnya.
Saya sambung, "Nak jadi kusa politik baru macam mana, orang tidak kenal.
Orang tidak tahu siapa tokoh-tokoh mereka. Dia berpegang kepada
pandangan lama yang menyempitkan minda politik bangsa?"
"Cara mereka tidak tepat, mereka bawa stail politik lama, 80-an," ujar Asri.
[wm.kl.9:30 am 18/03/13]
~mso
0 orang berkata:
Post a Comment