Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Isnin, 18 Mac 2013

Putar belit kenyataan ‘reban ayam’: Ghafir mahu saman Utusan

GhafirKUALA LUMPUR 18 MAC: Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid mahu memfail saman ke atas Utusan Malaysia berikutan kenyataannya diputar belit akhbar kawalan Umno itu.

Ghafir menegaskan, beliau tidak pernah menghina pasukan keselamatan dengan menyifatkan mereka tiada misi jelas sehingga perlu ‘duduk di bawah rumah orang dan reban ayam’.

Beliau sebaliknya berkata, kenyataannya pada 12 Mac lalu di sebuah forum di Kuala Lumpur diputar belit akhbar itu.

“Apa yang saya kata sebelum ini ialah, jika tentera tidak membuat risikan dengan proper, maka tentera terpaksa cari musuh di tepi rumah orang, tepi reban ayam.

“Saya menyentuh kegagalan perisikan. Utusan dah spin kenyataan saya. Saya akan saman mereka,” kata Ghafir dipetik Malaysiakini.

Utusan Online pada 13 Mac lalu melaporkan, Ghafir memperleceh cara polis dan tentera menangani pengganas di Sabah.

Kenyataan beliau diputar dan dilaporkan sebagai: pasukan keselamatan ‘hanya duduk di bawah rumah orang dan di reban ayam’ dan seolah-olah mendakwa pelaksanaan Ops Daulat gagal.

Beliau dilapor membuat kesimpulan bahawa kegagalan risikan awal khususnya oleh tentera membuatkan pasukan keselamatan dalam keadaan terkejut menyelesaikan masalah di sana.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.