Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Jangan sebar berita palsu pembubaran parlimen, tindakan undang-undang boleh diambil, kata SKMM

March 20, 2013
KUALA LUMPUR, 20 Mac — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menyiasat laporan mendakwa terdapat berita palsu berkaitan pembubaran Parlimen yang disiar beberapa laman sosial hari ini. 
Pengerusi SKMM Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata suruhanjaya itu dengan kerjasama polis sedang menyiasat lapora"Jika didapati (terdapat pihak) melanggar undang-undang, mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang yang sedia ada," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 
Mereka yang didapati bersalah mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan berdepan hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya, katanya.
"Orang ramai diperingat supaya tidak menyebar maklumat atau berita palsu melalui SMS atau media sosial kerana maklumat sedemikian, jika diangkat di dalam blog contohnya, boleh mengganggu-gugat keselamatan negara, kesejahteraan masyarakat dan merupakan pengaruh buruk terhadap kedudukan ekonomi masa kini," katanya. — Bernama


1 orang berkata:

Unknown said...

Sapa sbenarnya yg dok sebar Berita palsu ni bkn pihak krajaan ke?
Undang-undang Tendang-tendang daa...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.