Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Kalau tak puas hati hangpa latik diri sendiri jadi MB

Azizan kekal teraju Pas Kedah
Wartawan Sinar Harian
24 Mac 2013
Azizan kekal teraju Pas Kedah
Abdul Hadi (kiri) bersama Azizan dalam program di Kedah baru-baru ini.
ALOR SETAR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi mengulangi pendiriannya  bahawa Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan terus memimpin Pas Kedah sebagai Pesuruhjaya dan tidak ada sebarang pertukaran dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Semua pimpinan Pas negeri termasuk dewan diminta menumpukan kerja dalam menghadapi PRU13 yang bakal dihadapi dalam waktu terdekat ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Politiknya, yang dipetik oleh HarakahDaily Rabu lalu.

Kenyataan itu dibuat berdasarkan kepada laporan Sinar Harian, berhubung cadangan Dewan Ulama Pas Kedah, melalui Setiausahanya, Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli supaya Pas pusat melantik Pesuruhjaya Kedah yang baru untuk menghadapi PRU13 ini.

Pada 21 Februari lalu, Abdul Hadi mengesahkan parti itu tetap mencalonkan Azizan bertanding dalam PRU13, dan tiada sebarang isu berbangkit mengenai calon yang akan menggantikan Azizan sebagai menteri besar.

Reaksi Abdul Hadi itu adalah bagi mengulas dakwaan desakan akar umbi termasuk 11 kawasan Dun yang dipercayai sepakat mahu Azizan melepaskan jawatan parti kerana didakwa gagal menyelesaikan masalah parti itu.

Abdul Hadi turut beranggapan tentangan segelintir ahli Pas terhadap Azizan sebagai ‘masalah kecil’, selain disifatkan berita pilihan raya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.