Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Keluarga Kiram antara ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan

17 Mac 2013
Sabah diceroboh
Sabah diceroboh
LAHAD DATU - Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata anggota keluarga Jamalul Kiram antara 104 orang yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
  
"Mereka yang ditahan berada di sini dipercayai anggota keluarga (Jamalul) Kiram yang menggunakan nama lain...di sini mereka guna nama lain, di Filipina mereka guna nama lain. Ini kita sedang siasat," katanya dalam sidang media bersama Panglima Medan Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim di Felda Sahabat 16 di sini, hari ini.
  
Beliau berkata operasi membanteras pengganas tidak hanya tertumpu kepada keluarga Jamalul Kiram, yang didakwa dalang insiden pencerobohan di Sabah sejak 12 Februari lepas, kerana polis turut menjejaki kaum keluarga anggota militan lain yang dipercayai terlibat insiden pencerobohan itu.
  
"Kita juga turut menyiasat orang lain yang mempunyai kaitan dengan pengganas di bawah SOSMA," katanya tanpa memberitahu bila mereka akan didakwa di mahkamah.
  
Mengenai kematian seorang tahanan di bawah SOSMA di Semporna semalam, beliau berkata individu itu meninggal dunia di hospital akibat sakit dan bukannya membunuh diri seperti yang didakwa sesetengah pihak.
  
Sehingga kini seramai 104 orang telah ditahan di bawah SOSMA dan 232 lagi ditahan atas pelbagai kesalahan lain.
  
Dalam pada itu, Hamza berkata keadaan di seluruh Sabah adalah terkawal termasuk di Semporna dan Lahad Datu, kecuali di kawasan operasi di gugusan Tanjung Labian, yang kini dalam proses pembersihan.  - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.