Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KITA MAKI MACAM-MACAM, TAPI APA TINDAKAN RAKYAT ?


Khamis, 21 Mac 2013

Pengkhianat Negara : Malang PRU sebelum RCI selesai - SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya berkata, "malang" sekali pilihan raya umum akan diadakan sebelum suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung pendatang di Sabah selesai, kerana pembersihan daftar pemilih hanya dapat dibuat selepas itu.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Wan Omar berkata, bawah peraturan pilihan raya, badan itu mempunyai hak membersihkan daftar pemilih sekiranya terbukti di mahkamah dan dalam kes ini termasuk RCI.

Bercakap dalam sesi taklimat di Kelab Koresponden Asing Malaysia di Kuala Lumpur malam tadi, beliau berkata, selagi RCI belum selesai, pembersihan itu tidak dapat dilakukan walaupun terdapat pengundi yang meragukan.

Wan Ahmad berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada SPR menyemak pemilih meragukan dalam daftar pemilih berdasarkan pengakuan saksi semasa sesi pendengaran RCI.

 Berkaitan :

RCI diberitahu SPR arahkan JPN beri IC, tukar nama pendatang


Oleh Boo Su-Lyn January 16, 2013
KOTA KINABALU, 16 Jan — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menukar nama 16,000 pendatang haram di Sabah dan untuk memberikan mereka kad pengenalan (IC), Surhanjaya Di Raja (RCI) mengenai pendatang haram di Sabah diberitahu hari ini.

Pengarah SPR Sabah pada ketika itu Datuk Wan Ahmad telah mengarahkan JPN untuk menukar nama pendatang Indonesia dan Filipina untuk meningkatkan jumlah pengundi Muslim di Sabah, kata bekas timbalan pengarah JPN Mohd Nasir Sugip yang betugas dari 1992 sehingga 1994 kepada RCI hari ini.

Rekod di laman web SPR menunjukkan Datuk Wan Ahmad bin Wan Yusof merupakan pengarah SPR Sabah yang bertugas dari 1988 hingga 1995.

“Ops Durian Buruk adalah operasi yang melibatkan penukaran dan mencipta nama baru dari nama yang diberi SPR,” kata Nasir. “Maksudnya nama ditukar, nombor IC ditukar, tarikh lahir ditukar.. . Dan gambar,” tambahnya.

Nasir mengatakan beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 1995 hingga 1998 kerana memberikan kad pengenalan kepada pendatang yang tidak layak.

Beliau menambah bahawa 800 nama telah diserahkan kepada kerusi dewan undangan negeri Sugut dan kerusi parlimen Kinabatangan. "Yang saya ingat, keputusan pilihan raya memihak kepada calon Barisan Nasional (BN) YB Datuk Surady Kayong," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.