Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Mereka tak buat kerja sebenarnya

Sabtu, 23 Mac 2013

RCI Sabah bukan alasan tak bersih daftar pemilih

Fuziah SallehKUALA LUMPUR 23 Mac: Prosiding Suruhanjaya Siasatan Di Raja berhubung pemberian kad pengenalan (IC) kepada pendatang di Sabah, bukan alasan menangguhkan pembersihan daftar pemilih, tegas Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh.

Beliau menyelar kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar menjadikan RCI sebagai alasan untuk tidak berbuat demikian.

“Pembersihan ini sudah lama kita ajukan, sebelum tertubuhnya RCI lagi.
“Pembersihan daftar pemilih adalah menyemak pendaftar ataupun pengundi meragukan. Contohnya pengundi yang sudah meninggal tapi masih ada dalam daftar SPR, alamat yang tidak wujud dan pemilih-pemilih yang didaftarkan tanpa pengetahuan mereka,” ujarnya.

Tegas Fuziah, penipuan berkenaan perlu diselesaikan segera sebelum pilihan raya umum 13 dan ia tiada kena mengena dengan RCI yang sedang berjalan.

“Di Selangor, terdapat lebih 130,000 bersamaan 28 peratus pemilih baru yang tidak dapat dikenalpasti. Jumlah ini terlalu banyak,”

“Saya melihat RCI Sabah ini hanya dijadikan alasan oleh SPR untuk terus menggunakan daftar pemilih meragukan dan perkara ini membimbangkan kita,” katanya ketika dihubungi.

Datuk Wan Ahmad, ketika sesi taklimat di Kelab Koresponden Asing Malaysia di Kuala Lumpur 20 Mac lalu, berkata, pembersihan tidak dapat dilakukan walaupun terdapat pengundi meragukan.

Menurutnya, PRU 13 akan berjalan tanpa pembersihan daftar pemilih kerana ia hanya dapat dibuat setelah RCI selesai

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.