Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Monday, March 18, 2013

Kecoh di Permatang Pauh, AMK dakwa penganjur 'Tak reti bahasa'.. Polis pula kata itu Taklimat bukan Ceramah..



Kekacauan tercetus apabila sekumpulan penyokong PKR dan penduduk kampung cuba menghentikan satu ceramah pro-BN yang dijalankan di Sekolah Menengah Guar Perahu, Penanti di Pulau Pinang pada malam tadi.

Kumpulan berkenaan memasuki kawasan sekolah tersebut untuk menghentikan acara berkenaan – yang memfokuskan isu pencerobohan Lahad Datu dan penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu.

Difahamkan, kumpulan berkenaan membantah ceramah berbentuk politik itu diadakan di sekolah memandangkan premis seperti itu tidak boleh digunakan oleh ahli politik.

Ratusan penyokong berkenaan, termasuk ketua AMK negeri Amir Ghazali – berhimpun di sekeliling kawasan sekolah sejak jam 9 malam, namun dihalang kira-kira 100 orang polis yang berkawal ~ Malaysiakini

Dan berikut adalah kenyataan media dari Dr Afif Bin Bahardin, Naib Ketua Angkatan Muda Pulau Pinang mengenai Insiden ini..


Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) melahirkan rasa kesal dengan insiden kekecohan yang berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu semalam di antara penduduk tempatan dan pihak penganjur ceramah yang mengundang Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, YB Zulkifli Nordin dan Pemuda UMNO Malaysia, Zahid Mat Arip. Kekecohan tercetus kerana tindakan penganjur yang tidak menghormati sensitiviti masyarakat setempat terutamanya di Taman Guar Perahu dan Penanti.

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) difahamkan bahawa penduduk tempatan kesal dengan sikap penganjur yang tidak sensitif dan telah mempergunakan kemudahan awam (Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu) sebagai tempat untuk menganjur ceramah yang berbaur fitnah. Penduduk tempatan telah meminta pihak Polis Di Raja Malaysia untuk tidak membenarkan ceramah berlangsung di dalam dewan sekolah, tetapi keluhan dan bantahan mereka tidak dilayan oleh pihak berkuasa. Ternyata insiden semalam dapat dielak sekiranya penganjur dan pihak berkuasa mengambil langkah proaktif.

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) percaya sekiranya pihak berkuasa dan penganjur ceramah memahami dinamika dan sensitiviti masyarakat setempat, mereka tidak akan menganjur ceramah seumpama itu dengan menyalahgunakan kemudahan awam. Ini bukan kali pertama UMNO dan Barisan Nasional, mempergunakan kemudahan awam untuk tujuan politik dan menyebar fitnah terhadap Ahli Parlimen Permatang Pauh. Selain dewan sekolah, dewan dan auditorium institut pengajian tinggi seperti UiTM Permatang Pauh dan Politeknik Seberang Perai telah dipergunakan dan siswa institut yang terlibat telah dipaksa untuk menghadiri program - program dangkal sebegini rupa.

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) berharap sikap dwi-standard pihak berkuasa dalam membenarkan sebarang aktiviti politik dihentikan. Pihak berkuasa harus menjadi pihak yang neutral dan tidak memilih kasih apabila ingin mengambil sebarang tindakan atau membuat keputusan. Pihak berkuasa seharusnya menjadi penjaga kepada keharmonian masyarakat, bukan hanya tunduk kepada desakan dan arahan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional.

Sekian, terima kasih.

Dr AFIF BIN BAHARDIN Naib Ketua Angkatan Muda

Seterusnya Malaysiakini melaporkan lagi...

Sementara itu, polis menahan seorang warga emas yang didakwa cuba mencetus kekacauan, dan dibebaskan kemudian.

Ketua polis daerah Seberang Perai Azman Abd Lah berkata tiada penahanan dibuat memandangkan keadaan itu “normal semasa musim pilihan raya”.

"Tiada huru-hara, hanya sedikit kekacauan,” katanya yang menambah polis turut mengerahkan unit tindakan ringan (LSF).

Azman menafikan bahawa majlis berkenaan merupakan satu ceramah dan mendakwa ia hanya satu “mesyuarat dan taklimat”...

Ooooo..  mesyuarat dan taklimat rupanya... nasib abik aku tak bodoh untuk percaya.. cuba korang lihat poster hebahan mengenai program ini.. yang ditulis Taklimat atau Ceramah?


Nak perbodohkan orang pun agak-agakla Ketua Polis ni pun.. Kalau nak buat taklimat.. siapa Zul Nordin tu untuk memberikan taklimat?

Dan siapa pula Zahid Md Arip untuk mempengerusikan mesyuarat itu?

Jika benar ianya satu  mesyuarat dan taklimat kenapa ianya tidak dijalankan di bangunan UMNO sendiri di Tanah Liat??


Video kejadian sila lihat di ( SINI )

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.