Najib: 'Beri BN mandat 5 tahun lagi'
24 Mac 2013
Foto fail, Najib Tun Razak berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan tahun lalu. - Foto Bernama
KUANTAN - Warga Pahang membanjiri tapak program Jelajah Janji Ditepati
terakhir malam tadi untuk mendengar amanat Perdana Menteri yang antara
lain meminta rakyat menilai sendiri keupayaan kerajaan Barisan Nasional
(BN) menunaikan janji demi menjamin kesejahteraan dan masa depan mereka.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat harus membandingkan kejayaan
itu dengan janji-janji kosong yang ditabur pembangkang selama ini.
Beliau yakin rakyat telah dapat melihat kejayaan kerajaan dalam tempoh
empat tahun ini dan meminta mereka memberi mandat baharu kepada kerajaan
BN dalam pilihan raya umum akan datang untuk melakukan yang lebih baik
buat negara.
"Beri kita mandat lima tahun lagi untuk lakukan yang lebih hebat. Kita
janji akan bekerja bersungguh-sungguh. Insya-ALLAH, lima tahun lagi
Malaysia akan bersinar sebagai negara yang berjaya dan keunggulan
Malaysia akan terserlah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada acara itu di padang Majlis Perbandaran Kuantan 2 (MPK2) di sini.
Najib berkata mandat baharu amat penting bagi membolehkan kerajaan
meneruskan segala agenda yang telah direncanakan ke arah mencapai status
negara
maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.
maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.
"Perjalanan kita masih jauh sebab kalau hendak Malaysia menjadi negara
maju berpendapatan tinggi tidak mengambil setahun dua...tetapi sebelum
sampai ke
tahap itu, kita kena melangkah satu jambatan iaitu Pilihan Raya Umum ke-13.
tahap itu, kita kena melangkah satu jambatan iaitu Pilihan Raya Umum ke-13.
"Kalau kita dapat pintas ke sebelah, yakin dan percayalah dengan mandat
baharu itu kerajaan akan melakukan yang lebih baik pada masa akan
datang," tegas Perdana Menteri yang mendapat tepukan gemuruh daripada
hadirin.
Turut hadir isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri
Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan isteri serta menteri-menteri
Kabinet.
Najib berkata, sejak mengambil alih jawatan perdana menteri pada April
2009, kerajaan telah membentangkan kepada rakyat pelbagai program
penambahbaikan bermula dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP), Model
Baru Ekonomi, Program Transformasi Ekonomi (ETP) diikuti Program
Transformasi Politik dan Sosial.
Najib berkata, beliau baru-baru ini telah membentangkan laporan
pencapaian GTP dan ETP yang mengupas satu persatu bagaimana kerajaan
telah memenuhi janji kepada rakyat termasuk dalam soal memerangi
kemiskinan, menyediakan peluang pekerjaan dan menjamin pertumbuhan
ekonomi lebih baik.
Lebih dekat di hati rakyat, kerajaan juga telah mencatat kejayaan
agenda transformasi antaranya dengan kewujudan Klinik 1Malaysia, Kedai
Rakyat
1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia, PR1MA dan Program 1Azam yang telah memberi manfaat kepada rakyat.
1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia, PR1MA dan Program 1Azam yang telah memberi manfaat kepada rakyat.
"Kita tak akan janji bulan bintang. Tapi tak cukup bulan dan bintang, mereka (pembangkang) cakerawala pun dijanji. Malah syurga pun dijanji semata-mata
meraih sokongan.
"Sebagai rakyat, kena tanya mereka yang suka tabur janji...berapa
banyak yang ditunaikan. Banyak janji tinggal janji," katanya sambil
mengingatkan rakyat
supaya tidak tertipu sekali lagi dengan pembangkang yang kini mula menabur janji baru melalui manifesto pilihan raya yang dilancarkan baru-baru ini.
Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan berita gembira kepada warga
Kuantan apabila beliau mengumumkan pembinaan 20,000 unit rumah PR1MA di
tiga
kawasan utama iaitu bandar Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar.
kawasan utama iaitu bandar Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar.
Najib turut mengumumkan peruntukan RM100 juta mencakupi masing-masing
RM50 juta untuk mengatasi masalah kesesakan jalan raya dan banjir di
Kuantan.
Bagi peringkat nasional, Najib mengumumkan peruntukan tambahan
berjumlah RM100 juta bagi skim pinjaman mikrokredit untuk tahun ini dan
tahun depan.
Kuantan merupakan destinasi terakhir siri Jelajah Janji Ditepati yang bermula April tahun lepas di Batu Pahat, Johor.
Bagi menampilkan kelainan, program kali ini buat pertama kalinya diadakan pada waktu malam.
Najib, yang melakukan lawatan sehari ke Pahang, terdahulu merasmikan
projek Rimbunan Kaseh di Kuala Lipis, melancarkan program Kawan 1M4U
Fair 2013 di Pekan dan menghadiri jamuan malam dan kutipan amal untuk
Sekolah Menengah Chong Hwa sebelum diakhiri dengan program Jelajah Janji
Ditepati. - Bernama


0 orang berkata:
Post a Comment