Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ORANG TUA NIH SEDANG MEMANCING



Bahasa

Bukan Melayu juga mempunyai hak istimewa, kata Dr M

Oleh Syed Jaymal Zahiid
March 14, 2013
 
KUALA LUMPUR, 14 Mac — Tun Dr Mahathir Mohamad berhujah hari ini rungutan bukan Melayu mengenai diskriminasi berpunca daripada dasar-dasar yang memihak kepada Melayu adalah tidak berasas oleh kerana kumpulan minoriti di negara ini juga menikmati hak istimewa termasuk kebebasan untuk bercakap bahasa ibunda mereka dan mengamalkan agama mereka sendiri. 
 
"Semua kaum mempunyai hak istimewa mereka masing-masing," kata perdana menteri paling lama berkhidmat dalam satu forum di Universiti Malaya (UM), apabila diminta untuk memberi komen tentang tuntutan pembangkang untuk "Malaysia untuk rakyat Malaysia" dibawa oleh parti sebelum DAP, Parti Tindakan Rakyat (PAP), pada tahun 1964.

Dr Mahathir (gambar) mengatakan, sementara etnik majoriti negara ini menikmati kedudukan istimewa di bawah Perlembagaan, undang-undang sama menjamin hak jati diri minoriti melalui kebebasan untuk mengamalkan agama masing-masing, bahasa dan pendidikan bahasa ibunda.

Dr Mahathir menambah, hanya di Malaysia identiti minoriti mengikut negara asal seperti "Cina Malaysia" dan "India Malaysia", fenomena yang memberikan refleksi hak kebebasan dinikmati oleh bukan Melayu.

"Idea ini tidak diamalkan di mana-mana. Di Indonesia orang Cina tidak memanggil diri mereka Cina Indonesia, mereka menggelar diri mereka rakyat Indonesia dan bercakap bahasa Indonesia.
"Disini, kita bersetuju untuk mempertahankan hak mereka," kata Dr Mahathir.
MENYUSUL LAGI
 


 

1 orang berkata:

kampong lad said...

cina m'sia = malaysian chinese beza besaq dgn chinese malaysian spt chinese american, african american & sbgnya.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.