Pakatan mahu sidang tergempar bincang isu Lahad Datu
16 Mac 2013
SENAI - Veteran DAP Lim Kit Siang hari ini mengulangi gesaan
pembangkang agar satu sidang tergempar Parlimen diadakan bagi
membincangkan isu pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah.
Sidang tergempar itu perlu diadakan untuk meningkatkan sokongan rakyat terhadap usaha pasukan keselamatan membanteras pengganas terbabit, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Insiden pencerobohan pengganas dari selatan Filipina itu telah mengorbankan 10 anggota pasukan keselamatan negara sejak 1 Mac lepas. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment