PANAS!!! PAS Kelantan Bakal Kehilangan Semua Kerusi.. Banyak Sangat 'DOSA' Telah Dilakukan.. Inilah Dosa2 Tu... Jom Terjah,,,
6:50 PM
No comments
TANAH
MERAH - Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat supaya menolak
pakatan pembangkang termasuk parti PAS di Kelantan pada Pilihan Raya
Umum (PRU) ke-13 akan datang kerana mereka telah melakukan tujuh dosa
besar terhadap rakyat dan umat Islam di negara ini.
Perdana
Menteri menggariskan antaranya dosa parti Pas ialah membenarkan
penggunaan kalimah 'Allah' oleh bukan Islam, gagal menunaikan janji
kepada rakyat Kelantan, membenarkan pemimpin DAP secara rakus
membotakkan kawasan di Tanah Tinggi Lojing serta mempermainkan matlamat
perjuangan Pas sendiri.
"Dosa
Tian Chua (Naib Presiden PKR) terhadap isu di Lahad Datu dan tahaluf
siyasi (kerjasama politik antara Pas, PKR dan DAP) merupakan antara
tujuh dosa besar pembangkang terhadap rakyat.
"Kalau saya dahulu
mengumumkan tujuh perkara untuk rakyat Kelantan, kini tujuh dosa besar
mereka yang ambo nok sebut hari ini," katanya pada Majlis `Bekwoh'
Rakyat Bersama Perdana Menteri di Sekolah Menengah Tanah Merah 1 di
sini, hari ini.
Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Umno
Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, timbalannya Datuk Dr Awang Adek
Hussin, Pengerusi MCA Kelantan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Pengerusi Parti
Progresif Penduduk Kelantan Datuk Nik Sapeia Nik Yusof dan Ketua Umno
Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.
Kira-kira 50,000 rakyat hadir pada majlis tersebut.
Menyentuh
mengenai Pas mempermainkan matlamat perjuangannya, Najib berkata
sebelum ini parti itu mahu melaksanakan hukum Hudud di negara ini tetapi
demi politik dan takut kepada DAP, akhirnya mereka telah mengubah
kepada dasar negara berkebajikan.
Katanya jika dahulu Pas
menghentam cara Barisan Nasional (BN) berkongsi kuasa dengan parti lain
tetapi kini mereka juga mengambil langkah yang sama dengan DAP dan ia
jelas membuktikan sikap sebuah parti yang berubah-ubah demi mahukan
kuasa.
Beliau berkata kehadiran besar rakyat Kelantan pada
majlis itu membuktikan mereka telah bersedia pada bila-bila masa untuk
menolak Pas pada pilihan raya umum kali ini.
"Kita mahukan transformasi bukan reformasi. Transformasi mensejahterakan rakyat. Transformasi bawa rahmat pada rakyat," katanya.
Perdana
Menteri berkata cara bijaksana kerajaan mentadbir negara telah
menjadikan negara ini makmur dan sebagai bukti ekonomi negara telah
mencapai pertumbuhan kepada 6.4 peratus.
"BN cukup cakna kepada
masyarakat. Cukup sengoti buat bermacam-macam demi faedah rakyat dan
oleh itu yakin dan percayalah apa yang kita buat ini adalah yang terbaik
untuk mensejahterakan rakyat," katanya.
Beliau berkata tidak seperti pembangkang yang berjanji dalam manifesto yang dianggap seperti penjual ubat tepi jalan.
"Satu
ubat semua boleh sembuh. Kita bukan mahu mengundi orang yang petah
berkata-kata tetapi pilihan raya adalah untuk rakyat memilih kerajaan
yang benar-benar boleh berjasa kepada negara.
"Dan oleh itu yakinlah kepada BN," katanya.
Najib
berkata kehadirannya untuk merasmikan Majlis Pecah Tanah Program
Perumahan Rakyat di Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, adalah mencerminkan
ketelusannya kepada rakyat melalui slogan 'Janji Ditepati'. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment