Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS KEDAH AKAN TUMBANG

Polis ambil keterangan insiden 'kurung' Exco
MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI
26 Mac 2013
Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi
Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi 
 
ALOR SETAR – Polis telah mengambil keterangan beberapa individu yang dipercayai terlibat dengan insiden ‘mengunci’ Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dalam kawasan sebuah sekolah agama di Bukit Besar, Yan, Sabtu lalu.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abdul Ghafar Rajab menegaskan bahawa pihaknya masih belum membuat sebarang tangkapan ke atas mana-mana individu sehingga selesai diambil keterangan mereka yang disyaki terlibat.

“Kita telah pun buka kertas siasatan berhubung isu yang berlaku di Yan dan selepas ini kita akan ajukan siasatan tersebut kepada pihak timbalan pendakwa raya untuk keputusan.

“Sekiranya pihak pendakwa raya setuju untuk menuduh, baru kita akan buat tangkapan,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Sambutan Peringatan Hari Polis ke-206 di dataran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, semalam.

Beliau berkata, kes tersebut akan disiasat bawah Seksyen 341 Kanun Keseksaan kerana membuat halangan salah.

Sebelum ini, Phahrolrazi yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah mengesahkan telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis berhubung insiden yang melibatkan dirinya ‘dikunci’ selama dua jam di sebuah sekolah agama di Yan.

Difahamkan, kejadian itu berlaku berikutan ada pihak yang ingin menghalang beliau daripada berucap pada satu ceramah di Kampung Kabu, Sungai Limau, Yan, yang merupakan kawasan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.