Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Penganalisis: GTP nampak berjaya tapi tidak menyeluruh
JAMILAH HAMZAH
20 Mac 2013
Prof Dr Jayum Jawan
Prof Dr Jayum Jawan
SHAH ALAM - Penganalisis politik berpendapat transformasi yang dilakukan oleh kerajaan telah terlaksana namun tidak menyentuh secara khusus kepada 65 peratus rakyat yang bakal menjadi pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Seorang penganalisis politik Prof. Dr Jayum Jawan berkata laporan tahunan 2012 memang menunjukkan apa yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh empat tahun menjadi pemerintah.

Mengulas lanjut, beliau berkata, namun laporan tersebut hanya memberi faedah kepada golongan atasan yang boleh berdebat secara langsung berbanding rakyat di luar bandar.

Beliau juga berkata, transformasi besar kerajaan hanya menyasarkan kepada sejumlan kecil peratusan rakyat bukan secara keseluruhan yang turut mahu merasainya.

"Laporan itu memang menunjukkan apa yang ingin dilakukan oleh perdana menteri, namun rakyat perlukan lebih daripada itu khususnya rakyat di luar bandar dan pendalaman.

"Dalam laporan itu, Najib tidak menyentuh secara khsusus mengenai bantuan yang diberikan kepada rakyat terutamya di luar bandar dari segi subsidi baja dan sebagainya.
"Transformasi besar yang kerajaan buat hanya dirasai oleh 25 peratus rakyat diperingkat atasan berbanding 65 peratus penyumbang besar undi kepada kerajaan," katanya kepada Sinar Harian Online.
Semalam Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, telah membentangkan Program Transformasi Negara (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2.0.

Melalui ucapannya semalam, Najib telah membentangkan angka-angka yang menunjukkan peningkatan dalam setiap sektor dalam tempoh empat tahun beliau menjadi ketua negara.

Mengulas lanjut Jayum juga berkata, sudah pasti pembentangan laporan tahunan itu menjadi umpan untuk memancing undi rakyat.
Namun, beliau menambah sejauh mana terlaksananya transformasi hanya rakyat yang boleh menilainya.

Dalam pada itu, Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara, Datuk Dr Zainal Kling berkata, rakyat perlu terima laporan tahunan tersebut kerana kerajaan mempunyai data yang boleh diperakui.
Tambahnya, data tersebut memang menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun dalam pembangunan termasuk dalam bidang ekonomi.

"Kita terpaksa terima, mereka (kerajaan) sahaja yang ada data, kita tak ada data untuk ragukan mereka dalam NKRA atau GTP dan ETP.
"Kita harus terima, kita lihat seluruh negara berlaku pembangunan, seperti jalan raya, perumahan, pertanian dan sebagainya," katanya.
Bagaimanapun, Zainal mempunyai perbezaan pendapat mengenai transformasi yang berlaku hanya kepada golongan atasan, tetapi katanya ia telah mengcangkupi seluruh rakyat.

"Kerajaan telah lakukan semua perubahan kepada seluruh rakyat, golongan atasan dengan kenaikkan gajinya, sederhana dengan perumahannya dan golongan rendah dengan bantuan one-off kerajaan dan bantuan-bantuan untuk rakyat seperti BR1M,
KR1M dan lain-lain," katanya.

1 orang berkata:

Unknown said...

Mampuih pun wa xkn trima Ckp lu! Semua Tipu!!! hAktuiiihh!

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.