Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PM luang masa dengan pemimpin gereja menjelang pilihan raya

Oleh Debra Chong
Penolong Pengarang Berita
March 18, 2013
Datuk Seri Najib Razak berusaha bertemu sebanyak mungkin kumpulan rakyat sebelum mengumumkan pilihan raya, dijangkakan berlangsung bulan depan. — Gambar failKUALA LUMPUR, 18 Mac —  Datuk Seri Najib Razak meluangkan masa dalam satu jamuan teh bersama pemimpin gereja di kediamannya Seri Perdana Putrajaya hari ini, selepas menerima lawatan veteran askar Sabtu lepas menunjukkan perdana menteri berusaha bertemu sebanyak mungkin kumpulan rakyat sebelum mengumumkan tarikh pilihan raya, dijangkakan berlangsung bulan depan.

Demografi penganut Kristian terdiri kurang 10 peratus daripada 28 juta keseluruhan penduduk Malaysia tetapi dilihat sebagai kumpulan pengundi yang berpengaruh kerana paling lantang mempertahankan hak bukan Islam ditengah-tengah kontroversi kalimah “Allah”.

The Malaysian Insider difahamkan jamuan teh tersebut dijadualkan 4 petang ini, ia dianjurkan Jabatan Perdana Menteri dan pertubuhan belia Kristian kebangsaan yang telah dirancang sejak dua minggu lalu.

Namun beberapa paderi berkata mereka hanya menerima jemputan 11 jam sebelum jamuan tersebut dan tidak akan menghadirinya.

“Sebenarnya, saya hanya terima jemputan dua jam lalu. Saya tidak rasa akan hadirnya,” kata pemimpin gereja Sabah kepada The Malaysian Insider dalam satu pesanan ringkas selepas dihubungi tengahari tadi.

Pemimpin gereja Protestan berkata beliau dalam satu mesyuarat. Seorang lagi paderi berkata beliau menerima jemputan menerusi Pos Laju pada Jumaat lalu, tetapi juga memberitahu tidak akan menghadirinya tanpa memberikan sebarang alasan.

Kontroversi tercetus pada 2011 apabila penghantaran Alkitab, kitab Injil dalam bahasa Melayu kepada Bumiputera Kristian yang menggunakan Bahasa Melayu telah disekat atau dirampas di pelabuhan, sebelum kerajaan akhirnya tunduk kepada tekanan dan membebaskannya.

Perselisihan di antara majoriti Melayu-Islam yang membentuk 60 peratus dari 28 juta rakyat Malaysia dan minoriti Kristian berlaku pada awal 2010 walaupun Mahkamah Tinggi pada 2009 membenarkan Gereja Katolik mempunyai hak untuk memanggil tuhan mereka sebagai “Allah”.

Kumpulan Buddha turut menyeru Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional, di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk menyelesaikan masalah kalimah “Allah” ini.

Jadual Najib padat bagi dua tempoh minggu ini di mana perdana menteri akan bertemu dengan rakyat di seluruh negara sebelum membubarkan Parlimen pada hujung Mac ini untuk memberi laluan pilihan raya umum dijalankan pada pertengahan April.

Najib juga telah menjelajah ke seluruh negara untuk program TV3 Jelajah Janji Di Tepati sepanjang tahun selain dari lawatan ke tempat popular Malaysia dalam usaha untuk melibatkan diri dengan pelbagai demografi rakyat Malaysia.

Beliau juga telah mengumumkan beberapa inisiatif ekonomi dan undang-undang termasuk pemberian kepada orang ramai dengan yang terbaru adalah menyetarakan gaji anggota polis dan tentera dan peningkatan gaji untuk penjawat awam lain semalam.

Pengerusi BN telah menangguhkan beberapa acara beberapa minggu lalu akibat daripada pencerobohan pemberontak bersenjata Sulu yang menuntut Sabah akan tetapi acara kembali pulih seminggu selepas itu.

Semalam Najib telah menghadiri program One Million Purple Walk anjuran Kementerian Wanita dan Pembangunan Masyarakat.

Hari ini Najib akan melancarkan kad laporan tahunan untuk Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang beliau perkenalkan selepas menjadi orang nombor satu negara pada April 2009.

Perdana menteri kemudiannya dijadualkan akan menghadiri perhimpunan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) pada 22 Mac sebelum menghadiri program Janji Di Tepati di kawasan parlimennya Pekan pada 23 Mac.

Jadual terakhirnya untuk program awam pada bulan ini setakat ini adalah perlumbaan F1 Petronas Malaysia di Sepang pada 24 Mac, apabila cuti sekolah penggal pertama bermula.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.