Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

'Shahrir Samad terlalu teguh di JB'
Wartawan Sinar Harian 26 Mac 2013
Shahrir Abdul Samad Shahrir Abdul Samad
SENAI – Pakatan Rakyat (PR) diramal sukar menembusi tembok tradisi kerusi Umno bagi Parlimen Johor Bahru, biarpun ketengah calon dari kepimpinan tertinggi atau tokoh berpengaruh bagi bertanding di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Pensyarah Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Mohd Fauzi Othman berkata, keputusan pembangkang meletakkan calon daripada mereka yang terkenal atau berpengaruh tidak signifikan, sebaliknya mengandaikan pembangkang akan meletakkan individu yang tidak diharapkan untuk menang.

“PR sedar dan akan letak calon tidak diharapkan menang kerana Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad terkenal dengan ‘track record’ dan imej baik serta teguh di gelangang politik di situ.

“Saya jangka biarpun pembangkang sejak kebelakangan ini dengan berkempen di Kampung Melayu Majidee tidak signifikan dan tidak akan mengugat
pengaruh pengundi di situ tambahan hanya dihadiri kira-kira 2,000 orang sahaja,” katanya.

Sementara itu Shahrir berkata, tindakan DAP hantar ramai pemimpin ke Johor untuk bertanding hanya untuk ‘membunuh’ MCA di negeri kubu kuat Barisan Nasional (BN) ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.