Prestasi GTP, ETP tak gugat manifesto Pakatan
20 Mac 2013
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) menegaskan siri kejayaan Program
Transformasi Negara (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP), yang
dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, tidak merisaukan
manifesto pihaknya yang dibentangkan 25 Februari lalu.
Sebaliknya kata pemimpin-pemimpin PR, pembentangan prestasi kedua-dua
program itu lebih memburukkan Barisan Nasional (BN) dalam meraih undi
pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, GTP dan ETP tidak mampu
menyelesaikan masalah rakyat dalam pelbagai sudut terutamanya keperluan
seharian.
Menurutnya, program tersebut juga hanya menyasarkan kepada golongan
korporat yang mempunyai pendapatan tetap dan lebih baik daripada rakyat
peringkat bawahan.
Beliau juga berkata, pembentangan laporan tahunan tersebut, yang dilihat 'syok sendiri', lebih memburukkan parti komponen itu sekali gus menjauhkan rakyat untuk terus mengekalkan kerajaan BN.
"Tak seluruh rakyat yang faham dengan laporan tersebut, yang faham orang yang pakai kot dan tali leher, rakyat di bawah langsung tak faham kerana ia ditulis untuk golongan tertentu sahaja.
"...laporan itu juga tak mampu mengangkat masalah rakyat seperti yang dinyatakan oleh kita yang semuanya berkisarkan rakyat, kita tak cakap fasal projek besar-besar.
"Ini akan memburukkan lagi BN... BN syok sendiri sahaja, rakyat juga akan menjauh daripada mereka," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Semalam Najib yang juga Pengerusi BN telah membentangkan Program
Transformasi Negara (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2.0.
Najib yang juga Menteri Kewangan telah membentangkan angka-angka yang
menunjukkan peningkatan dalam setiap sektor dalam tempoh empat tahun
beliau menjadi ketua negara.
Malah beliau turut mengecam manifesto pakatan pembangkang dalam ucapannya.
Mengulas lanjut, Rafizi juga mendakwa laporan yang dibentangkan BN tidak mampu menyaingi manifesto PR dari segi pendekatannya.
Katanya, manifesto PR memberi penyelesaian kepada rakyat dan bukan berbentuk 'one-off'.
"Perkara itu (GTP dan ETP) langsung tak ada kesan manifesto kita, tak bagi saingan pun, ia hanya tertumpu pada korporat bukan rakyat.
"Kita lebih memberi penyelesaian kepada rakyat, bincang hal rakyat bukannya bagi one-off yang tak sampai ke mana," katanya.
Rafizi juga membidas Najib mengenai dakwat yang belum kering dalam Buku Jingga tetapi telah mengeluarkan manifesto baru.
"Najib tak baca manifesto kita, kita telah katakan manifesto itu adalah yang diambil daripada beberapa dokumen termasuk salah satunya Buku Jingga," katanya.
Dalam pada itu, ahli jawatankuasa kerja Pas Pusat, Dr Dzulkefli Ahmad turut menyatakan laporan tahunan program transformasi kerajaan tidak mampu menyaingi manifesto pihaknya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, walaupun ada peningkatan dalam angka yang nyatakan Najib namun ia lebih bersifat 'muluk'.
"Pembentangan laporan itu tidak mampu menghakis manifesto pakatan pembangkang yang berfokus kepada kebajikan, pendekatan kita juga berlainan.

"Kita akui berdasarkan angka yang diucapkan Najib ada peningkatannya,
namun itu hanya angka 'muluk' sedap dibaca dan sedap juga didengar,"
katanya.
Tambahnya, rakyat juga dikhayalkan dengan angka besar tersebut, namun hakikatnya yang merasainya hanyalah segelintir.

"Pada dasarnya rakyat di bawah masih tidak mencapai apa yang diucapkan
melalui angka-angka tersebut, rakyat hanya dikhayalkan dengan angka
tersebut, angka yang meningkat itu hanya dikongsi sebilangan kecil
dengan rakyat," katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment