Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PULANG SAJAK KA NEGARA KAMUK

Perantau warga Sabah risau nasib keluarga
Wartawan Sinar Harian
18 Mac 2013
Perantau warga Sabah risau nasib keluarga
Ashimah
Perantau warga Sabah risau nasib keluarga
RAZMAN
Perantau warga Sabah risau nasib keluarga
Ahmad Basir
JOHOR BAHRU - Insiden yang berlaku di Lahad Datu Sabah menimbulkan kerisauan dan trauma bukan sahaja kepada mangsa, malah kepada keluarga yang berada di Semenanjung.

Ashimah Sisar, 33, berkata, setiap hari hidupnya sekeluarga tidak pernah tenang memikirkan keselamatan keluarga mertua dan saudara-mara yang menetap di Semporna dan Sandakan, sejak insiden yang berlaku di Lahad Datu.


Katanya, berbagai perasaan bermain di fikiran membayangkan keadaan keluarga yang terpaksa hidup dalam ketakutan dan trauma selepas kejadian pencerobohan yang berlaku di depan mata.


“Saya kerap menghubungi keluarga di Sabah yang sekarang ini berada di dewan kerana kampung diserang penceroboh.


“Daripada apa diceritakan melalui pengalaman yang berlaku di depan mata sehingga trauma membuatkan saya di sini turut takut dan tidak akan balik ke sana dalam masa terdekat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Sementara itu, Ahmad Basir, 42, berkata, perkembangan terkini selalu dinantikan melalui media massa dan elektronik bagi mengetahui keadaan sebenar memandangkan ahli keluarganya turut berada di Semporna.


Katanya, bagaimanapun melalui perbualan telefon bersama ahli keluarganya di sana, sangat melegakan kerana walaupun berada di daerah sama, tetapi lokasinya tidak terlibat.


“Saya berharap isu ini tidak berlarutan supaya kami di Semenanjung tidak terus dibelenggu dengan berbagai perasaan bercampur-baur memikirkan keselamatan keluarga di sana.


“Apa yang kami harapkan kaum lain di negara ini tidak memandang serong kepada kami orang-orang Suluk yang sentiasa setia menyokong usaha yang dibuat kerajaan,” katanya.


Dalam pada itu, Razman Arshad, 17, berkata, keluarganya bimbang keselamatan nenek dan bapa saudaranya yang bekerja sebagai pemandu bas awam di Semporna.


“Kami hanya mampu berdoa agar isu ini tidak berpanjangan dan dapat diselesaikan segera agar tiada lagi yang terkorban,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.