Sabah: Pakatan tolak tuntutan Misuari
19 Mac 2013
KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) menegaskan pihaknya sama sekali
tidak merestui tuntutan pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro
(MNLF), Nur Misuari ke atas Sabah.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tuntutan yang
dikemukakan itu merupakan pandangan peribadi Misuari sedangkan pendirian
PR adalah berbeza.
"Pakatan Rakyat tidak pernah mempersoalkan setiap inci bumi Sabah
kerana ia adalah hak milik Malaysia. Pakatan Rakyat turut menolak
tuntutan Filipina ke atas Sabah dan menolak tuntutan keluarga Sultan
Sulu terhadap Sabah," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat
Majlis Pimpinan PR di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Nur Misuari yang mendakwa Sabah dikuasai Malaysia.
"Itu pandangan beliau (Nur Misuari) tentang penguasaan Kuala Lumpur
terhadap Sabah. Pakatan Rakyat tidak bersetuju kerana ini soal dalaman
negara dan Pakatan Rakyat akan tetap perjuangkan," katanya.
Tegas Anwar, kenyataan Nur Misuari yang ingin menghantar askarnya untuk
merampas Sabah awal bulan lalu juga tidak boleh diterima.
"Jika ingin mengadakan rundingan seperti biasa, mungkin boleh
diteruskan tetapi yang Pakatan Rakyat tentang ialah bila ada jenayah,
pencerobohan ke atas Sabah dan menggugat keselamatan bumi Malaysia.
"Malah Pakatan Rakyat turut menolak tuntutan Filipina ke atas Sabah dan
tidak akan berkompromi dalam mana-mana perkara membabitkan soal
keselamatan negara.
"Pakatan Rakyat juga menolak tuntutan keluarga Sultan Sulu terhadap Sabah," katanya lagi.
0 orang berkata:
Post a Comment