Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Selasa, 26 Mac 2013

Peguam Negara, polis digesa siasat perancang konspirasi Fitnah II

SaifulKUALA LUMPUR 26 MAC: Peguam Negara (AG) dan polis perlu segera menjalankan siasatan ke atas semua pihak terlibat sebagai perancang konspirasi Fitnah II, ekoran pengakuan bapa Saiful Bukhari yang mengesahkan kes berkenaan hanya konspirasi politik.

Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, siasatan perlu dilakukan ke atas pejabat Perdana Menteri berhubung konspirasi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kenyataan bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim sepatutnya diambil perhatian penuh oleh polis dan AG.
“AG wajar tarik semula kes ini manakala polis pula mesti menyiasat dakwaan Azlan dengan memanggil individu terlibat yang bertugas di pejabat Perdana Menteri,” katanya kepada Keadilan Daily.

Azlan dalam pengakuannya menyatakan, kes Fitnah II didalangai pegawai khas kepada Perdana Menteri, Khairil Annas Jusoh termasuk menyediakan kenyataan mereka kepada media.

Mengulas lanjut, Fariz berkata, Jingga 13 buat masa ini menunggu respon kumpulan peguam Ketua Umum KEADILAN sebelum membuat laporan polis terhadap perancang fitnah.

“Lebih wajar kes Fitnah II diuruskan pengamal undang-undang bagi mengelakkan berlaku percanggahan tindakan dan pendapat.
“Kami juga masih menunggu kedua-dua pihak berkenaan bertindak terlebih dahulu,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.