Najib: Geran RM5,000 beli proton Exora kepada penerima lesen teksi individu
24 Mac 2013
PUTRAJAYA - Seramai 1,000 penerima lesen teksi individu akan menerima
geran bernilai RM5,000 tiap seorang bagi pembelian Proton Exora, kata
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Beliau berkata semua pemandu teksi yang menerima lesen individu itu
wajib membeli kenderaan jenis MPV itu untuk digunakan sebagai teksi.
"Ia satu lagi komitmen kerajaan untuk memastikan pemandu teksi dapat
menyediakan kenderaan yang sesuai bagi kemudahan dan keselesaan
penumpang," katanya pada majlis pemberian lesen Teksi Individu di Pusat
Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Pada majlis itu Perdana Menteri turut menyerahkan 200 lesen individu
pertama manakala selebihnya akan diuruskan oleh Suruhanjaya Pengangkutan
Awam Darat (SPAD).
Turut hadir pada majlis itu Menteri Penerangan Komunikasi dan
Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim selaku penaung Pertubuhan Teksi
Malaysia dan Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar.
Beliau berkata Yayasan Rakyat 1MDB akan beri geran itu, bermakna harga Proton Exora bernilai RM64,000 akan dikurangkan kepada RM59,000.
Beliau berkata Yayasan Rakyat 1MDB akan beri geran itu, bermakna harga Proton Exora bernilai RM64,000 akan dikurangkan kepada RM59,000.
Selain itu, katanya kumpulan pemandu teksi berkenaan juga bakal diberi
kemudahan untuk menurun dan mengambil penumpang di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 dan KLIA 2.
Perdana Menteri berkata ini merupakan 'satu lagi janji ditepati' kerana
kebajikan pemandu teksi juga perlu dijaga dan dijamin bagi membolehkan
mereka menyara keluarga di samping menikmati masa depan lebih baik.
"Walaupun tidak dinafikan syarikat teksi telah memberi peluang
pekerjaan kepada pemandu teksi tetapi ada juga yang mengeksploitasi
pemandu teksi seakan-akan sistem penghambaan zaman moden," katanya.
Justeru, katanya usaha kerajaan itu sekali gus dapat memelihara
kebajikan pemandu teksi selain menjadi titik permulaan kepada sistem
baharu yang akan dilaksana bila sampai masanya nanti, kerana bukan
sesuatu yang mustahil untuk mencapai perkhidmatan teksi bertaraf dunia.
Perdana Menteri berkata pemandu teksi yang menerima geran itu perlu memberikan bai'ah kepada kerajaan untuk menjadi pemandu teksi yang bersopan, amanah dan "jangan lupa budi kerajaan bila sampai masanya".
Perdana Menteri berkata pemandu teksi yang menerima geran itu perlu memberikan bai'ah kepada kerajaan untuk menjadi pemandu teksi yang bersopan, amanah dan "jangan lupa budi kerajaan bila sampai masanya".
Beliau berkata banyak bantuan telah disediakan kerajaan sebelum ini,
misalnya program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) dan Bantuan Rakyat
1Malaysia (BR1M) disusuli BR1M 2.0
"Berbeza dengan pembangkang, mereka buat (demonstrasi jalanan) Bersih
1.0, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 tetapi kita buat BR1M 1.0, BR1M 2.0 dan
juga TR1MA telah diberikan, tidak lama lagi SPAD akan lancar TR1MA 2.0,"
katanya.
TR1MA akan memanfaatkan 76,000 pemandu teksi di seluruh negara. "Inilah kerajaan yang beri kebajikan, membela masa depan rakyat, bukan
menyusahkan negara, bukan langgar undang-undang, bukan hancurkan negara,
tetapi membina negara lebih baik, berbeza dengan pembangkang," kata
Najib. Sementara itu, Syed Hamid berkata berkata pemberian lesen teksi
individu tidak akan membawa kepada lambakan teksi kerana
syarikat-syarikat teksi telah menyerahkan kembali lesen teksi mereka.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada syarikat-syarikat teksi
kerana atas tanggungjawab sosial korporat (CSR), menyerahkan kembali
lesen teksi.
"Dari semasa ke semasa, jika lebih ramai daripada mereka mahu
menyerahkan (lesen), dengan itu kami akan mengeluarkan lebih banyak
lesen. Kita juga akan membuat kajian daripada segi pertambahan penduduk
dan permintaan. Kita tidak akan keluarkan lesen sewenang-wenangnya. Kita
nak tentukan semua orang boleh cari makan," katanya.
Mengenai pemberian geran RM5,000, Syed Hamid berkata ia merupakan
peluang terbaik yang diberikan kerajaan untuk membolehkan pemandu teksi
memiliki kereta sendiri.
"Penerima akan menikmati tempoh bayaran balik selama tujuh tahun serta
kadar bayaran bulanan yang lebih rendah dan kereta tersebut tidak boleh
dipindah milik...saya berharap penerima lesen teksi individu akan
memberikan perkhidmatan terbaik," katanya. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment