Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SHAFI'E AFDAL KAN ADA

Masyarakat Suluk di Sabah tak perlu takut, kata Musa

March 23, 2013
KUDAT, 23 Mac —  Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata masyarakat Suluk tempatan, yang merupakan warganegara Malaysia, tidak perlu takut kerana pihak berkuasa mempertingkat operasi keselamatan di Sabah.

"Adalah tidak wajar untuk menyalahkan masyarakat Suluk tempatan di negeri ini dalam insiden pencerobohan Lahad Datu kerana tindakan itu dilakukan pengikut (Jamalul) Kiram," katanya ketika melancarkan Yayasan Sabah dan Roadshow Rakyat di Pusat Komuniti Tun Mustapha di sini hari ini.

Beliau berkata kebanyakan penduduk Sabah mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kaum Suluk.

"Saya tidak fikir ada masalah (tetapi) kita akan mempertahan Sabah hingga ke akhirnya daripada orang luar yang cuba menceroboh negeri ini. Kami bersetuju dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) bahawa Malaysia tidak akan menyerah walau seinci pun negeri Sabah... Sabah milik rakyat Sabah," katanya.

Musa, yang juga pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri, berkata atas alasan inilah Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) diwujudkan.
Ketua Menteri juga mendedahkan sebuah balai polis akan segera dibina di Pulau Banggi yang terletak berhampiran sempadan maritim antarabangsa di utara perairan Sabah.
Beliau kemudian menyaksikan penyampaian sumbangan berjumlah RM35,000 untuk Tabung Perwira Lahad Datu daripada wakil yang dilantik dan individu.
Terdahulu, Musa berhenti sejenak ketika berucap untuk menghadiahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada anggota keselamatan yang terbunuh di Lahad Datu.
"Kami berterima kasih kepada kerajaan Persekutuan kerana mempertingkat kehadiran pasukan keselamatan bagi memastikan Malaysia, khususnya Sabah, adalah selamat. Kita mesti menaruh sepenuh kepercayaan kepada pasukan keselamatan kita," katanya. — Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.