Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CUI BONO


‘Sultan Sulu’ dakwa Malaysia hantar skuad penembak untuk membunuhnya

March 20, 2013
Jamalul mahu pihak berkuasa Filipina menyiasat rancangan pembunuhan tersebut. - Gambar Reuters
KUALA LUMPUR, 20 Mac—Malaysia dikatakan menghantar komando tentera diketuai oleh seorang kolonel untuk membunuh Jamalul Kiram III, kata jurucakap kepada yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu yang menuntut tuntutan abad ke-17 mereka ke atas Sabah, menurut laporan media Filipina semalam.

Abraham Idjirani, jurucakap sultan dan setiausaha agung, dilaporkan portal berita Interaksyon, berkata seorang kolonel Malaysia bernama Sunny Ng tiba di Filipina bersama empat orang “skuad penembak” dan menyenaraikan tiga orang dari New People’s Army dari provinsi Quezon.

Seorang peguam Filipina yang dahulunya sebagai penasihat Jamalul, Pastor “Boy” Saycon mendedahkan rancangan membunuh sultan, kata Idjirani dilaporkan berkata demikian.

Beliau menambah seorang peguam yang tidak dinamakan menemui seorang ahli perniagaan Malaysia, Kenneth Lee, atas permintaan kolonel tersebut, meminta alamat rumah Jamalul.

“Dalam perkembangan terkini, saya mahu bertanya kepada kerajaan: Adakah kita sudah serahkan kedaulatan (Filipina) dan membenarkan skuad penembak Malaysia untuk melakukan keganasan di Filipina?” kata Idjirani lagi.

Portal berita tersebut melaporkan Jamalul berkata beliau tidak takut dengan “skuad penembak” tersebut.

“Kenapa saya perlu takut dengan mereka? Saya tidak nampak mereka. Jika saya nampak, saya akan lari,” kata Jamalul yang dipetik dari portal tersebut.

“Sultan” itu bagaimanapun mahu pihak berkuasa Filipina menyiasat rancangan pembunuhan tersebut.
Keluarga mereka dilaporkan berkata mereka tidak mahu perlindungan dari polis.

Adik Jamalul, Agbimuddin Kiram, bulan lalu mengetuai 200 pengikutnya ke Lahad Datu di timur Sabah untuk menuntut kembali negeri Borneo utara yang mereka dakwa milik mereka yang digadaikan kepada British pada lewat 1800an, walaupun diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai sebahagian dari Malaysia sejak 1963.

Malaysia pernah cuba berbincang secara damai selama tiga minggu sejak 9 Februari tetapi bertempur selepas militan Sulu itu enggan untuk pergi.

62 orang dari puak bersenjata Sulu terbunuh dalam pertempuran setakat ini sementara lapan anggota polis dan dua anggota tentera terkorban bagi pihak Malaysia.

Seorang remaja lelaki yang tidak diketahui kewarganegaraannya juga mati dalam konflik ini.
Pasukan keselamatan Malaysia menangkap tiga orang lagi yang mempunyai hubungkait dengan puak bersenjata di Sandakan dua hari lalu, menjadikan jumlahnya 107 orang yang ditahan dalam Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012.

Mereka akan didakwa di mahkamah, kata ketua polis Sabah Datuk Hamza Taib yang dilaporkan agensi berita Bernama dalam sidang media semalam di Lahad Datu.

Ahli politik Filipina kini menekan pentadbiran Aquino untuk memfailkan aduan formal kepada Putrajaya mengenai tuduhan pasukan keselamatan Malaysia melakukan keganasan kepada warga Filipina di dalam negara dalam konflik ini.

Bagaimanapun, Malaysia dan Filipina bersetuju sudah menjadi hak Putrajaya untuk mempertahankan sempadan selepas perbincangan diadakan dan pihak keluarga Kiram berdegil dalam rundingan tersebut.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.