Thursday, March 21, 2013
YB NASIR MUSTAFA -MENANG KES SAMAN KE ATAS RTM
Mahkamah Tinggi Alor Setar sebentar tadi telah memutuskn bahawa RTM dibuktikan memfitnah Yb Nasir Mustafa.
Mahkamah arahkan RTM dan 2 ahli UMNO bayar sejumlah RM 120 ribu dankos sebanyak RM30k.
Kita imbau kembali kisah yang membawa RTM diheret ke Mahkamah kerana buat kerja jijik memfitnah!!!!
ALOR
SETAR, 20 Disember 2011 - Isu kononnnya kerajaan negeri Kedah tidak
memperdulikan kerosakan jalan di Kampung Hilir Telok Talipon, Kubang
Rotan yang disiarkan oleh Radio Television Malaysia (RTM) terjawab
apabila YB Nasir Mustafa tampil membuktikan bahawa kerajaan negeri yang
telah menurap jalan tersebut dan bukannya Kerajaan Persekutuan.
ADUN
Kubang Rotan, YB Nasir Mustafa berkata, beliau kesal dengan pihak RTM
kerana mendakwa jalan tersebut telah diturap oleh Jabatan Pembangunan
Persekutuan (ICU), sedangkan jalan tersebut diturap oleh kerajaan negeri
pada tarikh 27 Julai 2011.
Beliau berkata demikian ketika
mengulas mengenai fitnah RTM berhubung kerosakan jalan di Kampung Hilir
Telok Talipon yang menimbulkan keresahan penduduk sebelum ini.
“Saya
mempunyai bukti bahawa jalan tersebut diturap oleh kerajaan negeri
kerana saya mempunyai surat rasmi daripada kontraktor yang melakasanakan
tugas tersebut, dan juga surat rasmi kepada Unit Perancangan Negeri
(UPEN).
“Ini adalah satu fitnah yang jelas, kerana rancangan
television Titik Sentuhan yang disiarkan oleh RTM ini mengatakan saya
tak buat kerja, ini juga merupakan tohmahan yang tidak berasas,”
jelasnya.
Beliau turut menjelaskan bahawa jalan tersebut tidak
berturap sepenuhnya sejak pemerintahan kerajaan negeri yang sebelum ini
lagi. Jalan tersebut merupakan jalan MADA dan bukannya jalan kerajaan
negeri.
Selepas kerajaan negeri sekarang memerintah saya telah
mengambil tindakan dengan menghubungi pihak UPEN bagi menaik taraf dan
menurap semula jalan tersebut.
“Selain itu, saya juga amat kesal
dengan RTM kerana telah menggunakan rancangan television tersebut untuk
kepentingan politik BN,” katanya.
Beliau akan membuat laporan
polis mengenai fitnah tersebut serta laporan SPRM berkaitan dakwaan
kononnya jalan tersebut dibuat oleh Pusat.
“Ia terdedah kepada
kemungkinan ada pihak yang telah membuat tuntutan pembayaran dari Pusat
terhadap kerja yang dilakukan sedangkan mereka tidak berbuat apa-apa pun
kerana semuanya telah diselesaikan oleh pihak lain (Negeri),” ujarnya.
Dicatat oleh
anakmuaallaf



0 orang berkata:
Post a Comment