Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tuesday, March 19, 2013

Dalam 24 jam Shahrijat dah mula kantoi di mahkamah..

Kalau ikan pedukang,, semua benda dia baham,, tak kira umpan mata kail, bangkai dan sebagainya... 

Bagaimana pulak dengan mamak pedukang ?.. liat beb.. masih tak mau nak mengaku,, ketegak liat...





Shahrizat pertahan pembelian kondo di S'pura
 
Bekas menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mempertahankan pembelian kondominium mewah di Singapura oleh anggota keluarganya, didakwa menggunakan dana kerajaan yang sepatutnya dilabur dalam projek National Feedlot Centre.

Beliau yang disoal balas semasa perbicaraan kes samannya ke atas pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dan ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata, keluarganya menggunakan nama mereka untuk membeli kondominium berkenaan memandangkan syarikat terbabit – National Feedlot Corporation – tidak dapat membuat pinjaman.

"Saya difahamkan bahawa, disebabkan NFC satu syarikat yang baru dimulakan, mengikut undang-undang Singapura ia tidak boleh memohon pinjaman di negara itu.

“Maka mereka terpaksa melakukannya (membuat pembelian) menggunakan nama peribadi,” katanya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Shahrizat bagaimanapun tidak mengesahkan sama ada wang yang digunakan untuk membeli kondominium tersebut adalah daripada pinjaman mudah NFC sebanyak RM250 juta dari kerajaan, walaupun pelaburan itu dibuat untuk syarikat tersebut.

Beliau juga tidak pasti berapa banyak kondominium di Singapura yang dibeli dengan nama keluarga berkenaan untuk NFC namun mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya sebuah kondominium telah dibeli.

PKR pada Disember 2011 mendakwa suami Shahrizat Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan anaknya Wan Shahinur Izran dan Wan Izzana Fatimah Zabedah membeli kondominium mewah seluas 2,282 kaki persegi di Anthony Road, Singapura.

Rafizi seterusnya mendakwa keluarga Shahrizat membeli dua lagi kondominium bernilai RM34.6 juta di Marina Bay Suites.

[Baca berita penuh]
Ok.. semalam dia jawab kat mahkamah ia tak tahu langsung hal berkaitan NFC ni, baik beli kondo ke semua ia tak tahu...

Tapi hari ini tengok punya jawab,,, steady aja jawapannya, tau undang-undang Singapura dan sebagainya... ni apa punya mamak ni..belit jangan tak belit....


 


0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.