Tuesday, March 19, 2013
PAS Pun Main Politik Gila Babi Juga?
Apeke bende nih?
Dah terbawa-bawa dengan amalan parti setan yang dikenali itu pulak!
Dah terbawa-bawa dengan amalan parti setan yang dikenali itu pulak!
Published: Selasa Mac 19, 2013 MYT 10:19:00 AM
PRU-13: Phahrolrazi Dihalang Beri Ceramah
PETALING JAYA: Timbalan
Pesuruhjaya 1 PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi 'terkunci' di dalam
perkarangan sebuah sekolah agama selama dua jam untuk menghalang beliau
daripada berucap pada satu ceramah.
Phahrolrazi
berkata, beliau dalam perjalanan ke tempat ceramah di Kampung Kabu yang
terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Menteri Besar Kedah
Datuk Seri Azizan Abdul Razak apabila pengetua Sekolah Agama Nahdah
Bukit Besar menghubunginya untuk berhenti di sekolah tersebut.
"Sebaik
saja kereta saya memasuki perkarangan sekolah, mereka mengunci pagar
dan saya sedar bahawa saya tidak dapat keluar," katanya.
Beliau
kemudiannya menuju ke kantin sekolah di mana pengetua sekolah Ustaz
Nasir Othman cuba menghalangnya daripada meneruskan ceramah.
Ustaz Nasir merupakan ahli jawatan PAS bahagian Jerai di mana Azizan adalah pengerusinya.
"Dia
mendakwa terdapat kumpulan pesaing di tempat ceramah dan oleh itu dia
tidak mahu sesiapa saja melakukan sesuatu kepada saya. Saya cuba untuk
meninggalkannya beberapa kali tetapi dia memberitahu saya supaya jangan
pergi dan dia berbuat demikian kerana ingin melindungi saya. Dia amat
mesra tetapi persoalannya adalah saya dihalang keluar sehingga dua jam
kemudian," katanya.
Apabila
Phahrolrazi menghubungi penganjur ceramah mengenai masalahnya dan
mereka menghantar empat wakil ke sekolah tersebut untuk berbincang
dengan Ustaz Nasir tetapi dia enggan membuka pintu pagar tersebut.
Beberapa
penyokong Phahrolrazi mendakwa beliau diculik tetapi beliau menegaskan
ia mungkin 'amaran mesra' untuk menghalangnya daripada memasuki kawasan
Menteri Besar itu.
Penyokong Phahrolrazi berkata, mereka akan membuat laporan polis mengenai insiden itu.
Ceramah itu akhirnya dibatalkan kerana Phahrolrazi tidak hadir.
"MB
merupakan pengerusi PAS bahagian Jerai tetapi saya adalah Timbalan
Pesuruhjaya 1 PAS Kedah. Sesungguhnya saya bebas untuk berucap dalam
mana-mana ceramah. Saya tidak menyalahkan Ustaz Nasir, saya percaya dia
takut dengan bosnya," kata Phahrolrazi.
0 orang berkata:
Post a Comment