Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tuesday, March 26, 2013

Siapa Di Belakang Kiram: Belangnya Semakin Jelas Sedikit Demi Sedikit!

Sejak dari awal saya dah kata yang Manila dibelakang mereka mungkin dengan bantuan armada Amerika di Laut Sulu membekalkan senjata
Kita yang bodoh saling menuduh antara kita
Sedangkan merekalah sebenarnya yang bawa sengketa...
Bagi membuka ruang menuntut hak kita
Manila mahu rakyat Filipina tidak menyebut Malaysia apabila merujuk kepada Sabah
OLEH SYED JAYMAL ZAHIID
MARCH 26, 2013

Penyokong kesultanan Sulu bersama Jamalul Kiram III. — Gambar fail Reuters
KUALA LUMPUR, 26 Mac — Manila telah memberi arahan kepada semua agensi dan rakyatnya untuk memanggil Sabah sebagai bukan sebahagian dari wilayah Malaysia yang mencetuskan kemungkinan mereka mahu menuntut negeri paling timur Malaysia itu.

Menurut InterAksyon, cawangan dari TV5 Filipina, pegawai dari Jabatan Luar Negeri (DFA) membawa perkara ini hari ini, menyebut Memorandum No. 162 yang dikeluarkan Malacanang pada tahun 2008.

Menurut laporan tersebut, menyebut peguam Roy Ecraela dari Pejabat DFA untuk Setiausaha Kajian Laut, menambah bahawa setiap dokumen agensi kerajaan hendaklah merujuk Sabah sebagai 'hanya Sabah' dan bukan Sabah, Malaysia.

"Kota Kinabalu, Sabah, na lang. Tanggalin na 'yung Malaysia (Hanya panggil Kota Kinabalu, Sabah. Tidak perlu Malaysia)," kata Ecraela menurut laporan tersebut.

Ecraela dilaporkan membuat kenyataan tersebut hari ini selepas beberapa agensi bertemu dengan Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencala Alam Kebangsaan (NDRRMC) pada Isnin lalu untuk membincangkan bantuan kemanusiaan kepada warga Filipina yang kehilangan tempat tinggal dalam konflik di Sabah.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.