Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UMNO GENTAR ANUAR BERTANDING KAT PERAK

BN tidak gentar Anwar tanding di Perak
RAZIF ROSLI
20 Mac 2013
 Dr Zambry Abdul Kadir
Dr Zambry Abdul Kadir
 
IPOH - Barisan Nasional (BN) tidak tertekan atau gentar untuk menghadapi pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) jika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, BN bersifat gentlemen memandangkan dalam demokrasi sesiapa sahaja warga Malaysia boleh bertanding di mana-mana kawasan yang disukai. 

“Dalam arena politik tiada istilah gentar atau takut untuk berhadapan dengan lawan apatah lagi dalam suasana kita akan berhadapan dengan pilihan raya umum yang bakal diadakan bila-bila masa.

“Kita dalam BN tidak akan gentar hadapi sesiapa sahaja, baik tokoh-tokoh dikenali atau tidak berhadapan dengan kita di Parlimen atau negeri,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desas desus Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang bercadang bertanding di kerusi parlimen Perak atau Selangor pada PRU13.

Zambry berkata, tidak ada yang luar biasa tentang strategi tokoh pemimpin tertentu mahu mencabar pemimpin BN pada pilihan raya.

“Kita amal sistem demokrasi dan mana-mana pemimpin politik tidak kira Lim Kit Siang atau Anwar sendiri mempunyai hak untuk bertanding di mana-mana kawasan.

“Bagi saya tidak menghairankan pun keputusan itu akan mereka ambil kerana mereka ini adalah pemimpin touch n go, biarlah mereka buat apa yang mereka suka,” katanya lagi.

Ketika ditanya adakah BN Perak akan tergugat dengan perkembangan tersebut, Zambry menolak andaian terbabit malah menyatakan BN Perak sama sekali tidak terjejas.

“Sepatutnya yang menjawab soalan ini bukan saya tetapi Anwar sendiri kerana mengapa beliau tidak mahu kekal di Permatang Pauh dan perlu ke negeri lain.

"Adakah Anwar merasakan rakyat di sana sudah menolak beliau dan tidak timbul persoalan BN akan tergugat malah soalan itu harus ditujukan kepada beliau bukan BN Perak,” katanya.
Tambah Zambry, pihaknya akan menunggu kenyataan rasmi daripada Anwar kerana apa yang dilaporkan itu baru cadangan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.