Wednesday, March 20, 2013
Taib Sedang Disiasat SPRM?
Tak tahulah Taib atau Global Witness sedang disiasat
Rupaya selama ini SPRM tidak ada bukti kukuh
SPRM 'bertindak sewajarnya' ke atas bukti Global Witness
Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa siasatan sedang
dijalankan ke atas maklumat yang didedahkan NGO Global Witness berhubung
dakwaan urusniaga belakang tabir melibatkan keluarga ketua menteri
Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Pengarah siasatan SPRM Datuk Mustaffar Ali dalam satu SMS kepada Malaysiakini berkata suruhanjaya berkenaan akan bertindak ke atas bukti baru yang timbul itu.

"Siasatan
sedang dijalankan. Dengan bukti baru yang timbul, SPRM akan bertindak
sewajarnya," kata Mustaffar kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari
ini.
Bukti video berkenaan antara lainnya merakam dakwaan yang menunjukkan bagaimana ahli keluarga Abdul Taib dan rakan perniagaannya menyalahguna lesen pembalakan untuk memperkayakan diri mereka.
Global Witness juga mendedahkan dakwaan mengenai modus operandi kegiatan ahli keluarga dan rakan niaga Taib untuk mengelak daripada cukai dan syarat pegangan saham.
NGO yang menyiasat dan berkempen untuk menentang pencabulan hak asasi dan dalam sekitar itu merakam video berkenaan secara rahsia.
Abdul Taib bagaimanapun menafikan dakwaan sepupunya bahawa mereka menjadi pengantaranya bagi kontrak pembalakan.

0 orang berkata:
Post a Comment