Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

13 akan didakwa atas kesalahan berkaitan PRU13 hari ini

23/04/2013 4:21am

PUTRAJAYA - Seramai 13 lelaki akan dihadapkan ke mahkamah hari ini atas pelbagai pertuduhan membabitkan lima kes yang berkaitan dengan pilihan raya umum ke-13.

Ketua Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara Abdul Wahab Mohamed berkata tujuh daripada lelaki itu akan didakwa berkaitan satu kes gaduh di tempat awam sehingga mengganggu ketenteraman awam di Mantin, Ne geri Sembilan, pada 7 April lepas, mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

Beliau menambah, dua lagi akan didakwa kerana me lakukan kesalahan yang sama dengan membaling kerusi dan memegang besi dalam satu kes di Pasir Puteh, Kelantan, pada 20 April lepas. 

Jelas beliau, dua yang lain, masing-masing didakwa bagi kesalahan dengan sengaja menyebabkan kecederaan dengan menumbuk serta menyepak mengikut Seksyen 323 kanun Keseksaan; dan menakutkan secara jenayah dengan me nunjukkan parang ke arah pengadu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan; dalam satu kes di Gemas, Negeri Sem bilan pada 19 April lepas.

Pada sidang media di lobi pejabat Peguam Negara di sini semalam, Abdul Wahab berkata, seorang lagi didakwa kerana melakukan kesalahan menakutkan secara jenayah dengan menghayun parang ke arah pengadu dalam satu kes di Kuala Kangsar, Perak pada 18 April lepas.

Kes akan dibicara mengikut Seksyen 506 Kanun Ke seksaan, manakala satu lagi kerana melakukan khianat dengan mencabut bendera parti politik di Padang Serai, Kedah, pada 8 April lepas mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan. 

Abdul Wahab berkata dalam tempoh dari 19 April sehingga pukul 2 petang ini, jumlah kes yang diarah untuk siasatan lanjut ialah 135, manakala kes yang diputuskan supaya tidak diteruskan berjumlah 113. — BERNAMA

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.