Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

15/04/13

Pasukan khas terbit video seks 'jahanamkan' tokoh politik

Sebuah pasukan khas ditubuhkan untuk menerbitkan video seks bagi "menjahanamkan" imej tokoh politik tertentu di mata umum, dakwa Presiden Penaja Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.

Dalam kenyataannya hari ini, Kadir berkata beliau diberitahu bahawa pasukan khas itu "mendapat pembiayaan dan upah khas" daripada pihak tertentu.

NONE


"Mereka ini adalah pakar yang boleh memetik video-video tertentu dari internet dan diadunkan sedemikian rupa agar menyerupai imej pemimpin-pemimpin tertentu.

"Teknik untuk mengeluarkan video-video fitnah seperti ini memang boleh dibuat dengan mudahnya sekarang ini," katanya yang juga bekas menteri kabinet.

Beliau juga yakin rakyat Malaysia mengutuk kempen politik itu yang dianggap "menjijikkan" dan berharap ia dihentikan serta merta.

"Sejak berpuluh tahun lamanya negara dan rakyat kita telah berpolitik secara yang begitu gentleman dan bersih. Dan selepas 50 tahun lebih kita harus lebih dewasa dan lebih matang berpolitik," katanya.

Terkejut dengan tuduhan terhadap Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang didakwa menjadi mangsa video seks, Kadir juga berharap Mustafa "bersabar dan kuat menghadapi fitnah" tersebut.

"Saya sendiri kenal beliau secara peribadi sejak beliau menjadi ketua Pemuda PAS pada awal 70-an dahulu. Beliau tetap seorang yang bersih, bermoral dan berprinsip tinggi dan mempunyai keluarga yang bahagia.

"Saya yakin keyakinan terhadap beliau oleh ahli-ahli PAS dan rakyat Malaysia keseluruhannya lebih meningkat dan dihormati selepas fitnah yang menjijikkan ini," katanya.- Mkini

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.