16 April, 2013
Punca Isa Samad Melawan Aishah Di Parlimen Jempol Tersebar..
Satu-satunya kejutan terbesar sebaik proses pengumuman calon Barisan
Nasional (BN) selain dari gugurnya Rais Yatim di parlimen Jelebu adalah,
nama pengerusi Felda pun turut tersenarai.
Nama Isa Samad langsung tidak tercapai dek akal kita yang waras kerana
BEKAS penyandang kerusi DUN Bagan Pinang ini bukannya asing lagi dalam
politik negara.
Selain pernah menjadi menteri besar, Isa juga pernah dilantik menjadi
menteri wilayah persekutuan setelah ditendang dari kerusi DUN pada 1995
semasa zaman BEKAS perdana menteri, Mahathir Mohamad berkuasa dahulu.
Tetapi nama Isa mula tercalar apabila didapati bersalah oleh Lembaga
Disiplin Umno kerana mengamalkan politik wang (baca: rasuah) dalam
perebutan jawatan Naib Presiden parti reput itu.
Sejak itu namanya mula diperkatakan sebagai pemimpin rasuah hingga tidak
dicalonkan semula di mana-mana kerusi DUN mahupun parlimen sampailah
dilantik mewakili BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.
Tetapi yang menjadi persoalan utama, tidak adakah pemimpin Umno tempatan
yang 'bersih' dan cukup dihormati pengundi tempatan mewakili Umno
menentang calon Pakatan Rakyat, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah
Wan Ariffin?
Alsaan Isa kononnya peneroka Felda yang berada di kawasan parlimen itu
akan mengundinya bagi menjamin kemenangan BN rupanya penuh dengan tipu
muslihat.
Walaupun Jempol agak tidak asing dengan nama Isa, mengapa setelah nama
BEKAS penyandang, Lilah Yassin diturunkan di DUN, timbalannya Mohd Salim
Mohd Shariff tidak diangkat menggantikannya?
Sudahlah Lilah 'diturun pangkat', nasib ahli jawatankuasa Umno bahagian
juga semakin tidak pasti setelah nama Isa diletak sebagai calon mereka
yang memang diketahui penuh dengan skandal rasuah dan krisis wabak
Japanese Enciphilitis (JE) di Bukit Pelanduk dulu.
Krisis perebutan kuasa dalam Umno bahagian pasti akan lebih sengit
dengan hadirnya Isa di bahagian itu kerana bukan setakat membawa nama
tetapi juga saham Felda dan wang di tangannya.
Pada hemat saya, perlantikan Isa sebenarnya kebih kepada satu penghinaan
terhadap pengundi Jempol daripada penghormatan kerana rekod
kesalahannya sudah terbukti buruk selain ia juga ada kaitan dengan apa
yang berlaku dengan BEKAS perdana menteri, Najib Altantuya.
Ia mirip apa yang terjadi kepada kerusi parlimen Shah Alam apabila
Zulkifli Noordin diangkat menjadi calon BN walaupun ramai lagi tokoh
Umno setempat yang boleh diketengahkan untuk menentang bekas penyandang,
Khalid Samad.
Umum sudah mengetahui kisah yang terjadi ke atas Najib Altantuya di Port
Dickson apabila penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan
(JAINS) menyerbu sebuah bilik mewah di sebuah hotel terkenal di pantai
peranginan itu ketika Isa menjadi menteri besar pada 1993.
Perlantikannya menjadi calon DUN Bagan Pinang dan menang menguatkan lagi
khabar bahawa Najib Altantuya memang 'terhutang budi' kepada Isa dan
namanya terus dinaikkan menjadi pengerusi Felda setelah Yusof Noor
berundur.
Dan hari ini, 'hutang budi' Najib Altantuya dibalas satu persatu mengharapakan agar Isa tidak akan mengugutnya lagi selepas ini.
Pun begitu, perlantikannya juga dikatakan untuk menghalang populariti
Aishah yang sudah mula mendapat tempat di hati pengundi selain pengundi
wanita juga menghormatinya sebagai seorang ilmuwan semasa Aishah
berjaya menggengam ijazah sains politik dari universiti di New Zealand
dulu.
Isa ditugaskan di parlimen untuk menyekat kemaraan Aishah selain
menyelamatkan kedudukan BEKAS menteri besar, Mohamad Hasan yang
dicalonkan di DUN Rantau tanpa digugat lagi.
Persoalannya, bolehkah Isa ditahan dari terus 'naik' hingga kembali dilantik menjadi menteri semula?
Apakah pengundi Jempol mula 'tersilau' dengan nama Aishah atau dihina
dengan hadirnya perasuah tegar seperti Isa di kawasan mereka?
0 orang berkata:
Post a Comment