4/04/13
Adun Umno Sg Rapat teruk di'grill' oleh peguam
SHAH ALAM: Perbicaraan kes Khalid Samad
menyaman Datuk Hamidah Othman, Adun Umno dan Exco Kerajaan Perak di
Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam menyaksikan Hamidah teruk di 'bakar'
(grill) oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin apabila beliau disoal balas
hampir 2 jam.
Hamidah disaman oleh Khalid Samad
berhubung satu artikel yang diterbitkan di dalam blog beliau pada awal
bulan Januari 2010 bertajuk " Umat Islam Perlu Bersatu".
Antara lain artikel tersebut mengandungi
gambar ubahsuai (super imposed) Khalid Samad berpakaian seperti seorang
paderi dan juga kata-kata yang menunjukkan Khalid Samad adalah termasuk
dalam golongan Islam liberal, melacur agama dan menaikkan semangat
pihak kafir untuk menjahanamkan iman umat Islam.
Dalam perbicaraan yang berlangsung
selama 3 hari berturut bermula dari 1 April hingga 3 April di hadapan
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Hashim bin Hamzah, Khalid Samad memberikan
keterangan beliau dan Hamidah juga memberikan keterangan.
Hamidah dilihat cuba menafikan kononnya artikel di blog beliau itu mempunyai gambar super imposed Khalid Samad.
Alasan beliau Khalid Samad telah gagal
menunjukkan posting asal artikel yang diterbit pada 2 haribulan Januari
2010 jam 12.09 pm tersebut.
Namun Khalid Samad telah memanggil saksi
yang juga pakar IT yang menunjukkan meskipun posting asal di dalam blog
Hamidah telah dipadam namun ia masih boleh diakses melalui
www.archieve.org.com. yang menunjukkan posting asal artikel tersebut
masih wujud dan jelas mempunyai gambar Khalid berpakaian seperti
seorang paderi.
Di dalam soal balas hampir 2 jam oleh
Hanipa, Hamidah disoal bertalu- talu sehingga Khalid Samad keluar
beberapa kali kerana berasa kesihan melihat Hamidah di'grill' oleh
Hanipa.
Peguam Hanifa Maiden
Antara lain Hanipa menyoal balas Hamidah seperti berikut : -
S : Datuk, anda menafikan di dalam
keterangan anda bahawa artikel di dalam blog anda mengandungi gambar
Khalid Samad berpakaian paderi?
J : Ya.
S : Kalau benar dakwaan datuk,
mengapakah di dalam pernyataan pembelaan datuk, datuk sendiri mengakui
kewujudan gambar di dalam artikel tersebut? Kalau gambar tidak wujud
mengapa datuk tidak nafikan di dalam pembelaan datuk? Mengapa datuk
tidak batalkan saman Khalid?
J : Saya menafikan gambar itu di super imposed oleh saya.
S : Tapi datuk ...Khalid Samad tidak
katakan dalam saman beliau bahawa datuk telah super imposed gambar
tersebut, apa yang dia kata di dalam blog datuk wujud gambar super
imposed itu bersama-sama artikel itu, jadi mengapa datuk nak nafikan apa
yang Khalid tidak kata dalam samannya? Ertinya mengapa datuk perlu
nafikan gambar itu disuper imposed oleh datuk apabila Khalid sendiri
tidak tuduh benda itu? Apa yang dituduh datuk tak nafi, apa yang tidak
dituduh datuk nafi pula, boleh jelaskan?
A : errr...
S : Datuk, adakah datuk sedar dalam
pembelaan datuk, datuk bergantung kepada pembelaan justifikasi. Tahukah
datuk kesan kepada pembelaan ini?
J : Itu saya serah pada peguam saya.
S : Datuk saya katakan bahawa apabila
anda bergantung kepada pembelaan justifikasi, hakikatnya datuk
menyatakan apa yang datuk terbitkan di dalam blog datuk adalah benar..
iaitu jika datuk terbitkan Khalid berpakaian paderi maknanya datuk boleh
buktikan memang benar beliau berpakaian paderi, begitu juga jika datuk
kata Khalid melacur agama datuk boleh buktikan memang benar dia melacur
agama, soalan saya adakah datuk mempunyai bukti-bukti tersebut?
J : Tiada.
J : Dengan bergantung kepada pembelaan
justifikasi, saya katakan datuk tidak boleh kata datuk tidak terbitkan
artikel dalam blog datuk itu.. kerana adalah pelik dari satu segi datuk
kata datuk tidak terbit artikel itu, tapi dari segi yang lain pula datuk
kata apa yang datuk terbitkan itu adalah benar..mana satu ni datuk?
J : Yang Arif, saya tidak boleh jawab kerana saya tidak lihat artikel asal saya.
Hanipa juga di dalam soal balas beliau
merujuk kepada apa yang ditulis di dalam blog Hamidah bahawa beliau
mengingatkan para pembaca yang ingin membuat komen di blog beliau perlu
berhemah, mempamerkan akhlak dan tidak menggunakan guna bahasa yang
kasar. Hanipa bertanya
S : Sebenarnya peringatan datuk ini kena
pada dato sendiri kerana hakikatnya datuk yang guna kata-kata tidak
berhemah apabila datuk guna kata-kata seperti Plaintif melacur agama dan
menolong menaikkan semangat pihak kafir menjahanamkan iman umat
Islam...betul tak datuk?
J : Saya hanya ingatkan pembaca supaya beri komen yang berhemah..
Perbicaraan akan disambung semula pada 12 April ini.
Khalid Samad diwakili oleh Mohamed
Hanipa Maidin dan Azhana Mohd Khairudin manakala Datuk Hamidah diwakili
oleh Datuk Hafarizam Harun.
0 orang berkata:
Post a Comment