Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Anwar: Undi hari Ahad Pakatan tiada masalah
RUZY ADILA IDRIS
10 April 2013
Abdul Aziz
Abdul Aziz mengumumkan tarikh PRU13 selepas mesyuarat khas tengah hari tadi. - Foto Sinar Harian oleh AZMI ARYANTO
 
PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada hari Ahad tidak menjadi sebarang masalah bagi Pakatan Rakyat (PR) yang dipimpinnya.

"Tidak mengapa, kita akan hadapinya dan saya minta setiap rakyat ambil kesempatan ini untuk pergi mengundi.

"Bukan buang undi itu istilah lama," ujar beliau ketika diminta mengulas tentang tarikh tersebut yang dipercayai akan menyukarkan pengundi di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Hari ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari pengundian bagi PRU13 telah ditetapkan pada Ahad 5 Mei, manakala tarikh penamaan calon pada 20 April.

Pengundian awal ditetapkan 30 April dengan tempoh berkempen selama 15 hari.

Anwar yang juga Ketua Umum PR berkata, beliau tidak risau mengenai tarikh pilihan raya kerana mengakui jentera parti sudah bersiap sedia.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai pengagihan kerusi parti itu, Anwar mengakui hanya tinggal sedikit sahaja lagi yang belum diputuskan.

"Ada satu dua lagi. Maklumat lanjut akan disampaikan oleh Azmin (Ali, Pengarah Pilihan Raya PKR, Azmin," katanya lagi.
Ketika ditanya lagi mengenai hasrat pemblog kontroversi, Papa Gomo yang ingin bertanding menentang beliau di kerusi Parlimen Permatang Pauh, Anwar sekadar menjawab ringkas, "itu biarlah dia..."

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.